Insan & Komuniti 03 Sep, 2021

Program Sedekah Kota Mekah! Kongsi rezeki dengan pelajar tahfiz, fakir miskin, pekerja buruh!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this


Komuniti Mahasiswa Perlis (KOMAPs) menganjurkan program kongsi rezeki melalui sumbangan RM20 untuk mengagihkan pakej nasi, lauk dan air kepada mereka yang terkesan dengan COVID-19 di kota Mekah, Arab Saudi.

Pengarah programnya Muhammad Tasnim Abd Razar, 23, berkata, Program Sedekah Kota Mekah ini adalah kesinambungan daripada program korban dan akikah di Mekah yang dianjurkan baru-baru ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Mekah

Nasi Kongsi Rezeki RM20 yang diagihkan sekitar Kota Mekah.


Nasi hasil sumbangan RM20 yang sumbangkan oleh orang ramai.


“Ramai pekerja dari luar negara di Mekah hilang mata pencarian mereka kerana COVID-19 yang melanda dunia,” katanya.

Oleh itu KOMAPs berharap penduduk negeri Perlis khususnya dan Malaysia amnya beramai-ramai dapat menyumbangkan RM20 untuk membeli dan mengedarkan makanan serta minuman kepada fakir miskin, anak-anak pusat tahfiz dan mereka yang berada di Kota Mekah.


Sulaiman Ismail (dua dari kiri) dari Ibtisam Catering mengedarkan makanan dan minuman sumbangan rakyat Malaysia.


Pekerja pembersihan di Kota Mekah turut menerima agihan makanan dan minuman yang disumbangkan oleh orang ramai.


Manakala sukarelawan kebajikan yang juga mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) yang membantu mereka yang memerlukan sumbangan, Muhammad Saniy Samsudin, 23, pula berkata, kerjasama dengan pengusaha Ibtisam Catering di Mekah, Arab Saudi memudahkan pengedaran makanan dan minuman itu sepanjang masa.

“Ibtisam Catering melalui Pengurusnya Sulaiman Ismail bukan sahaja mengusahakan katering di sana (Mekah) malah turut menjadi perantara bagi kerja-kerja kebajikan yang disalurkan oleh rakyat Malaysia,” ujarnya lagi. 


Antara penyumbang yang menyertai program kongsi rezeki, Program Sedekah Kota Mekah. 


Sumbangan RM20 boleh dibuat melalui akaun CIMB Bank.


Rakyat negara ini boleh terus menyumbang ke akaun 8010270573 (CIMB Bank) atas nama  Sulaiman Ismail dan menghantar salinan serta butiran peribadi kepada talian WhatsApp 0174729890 (Samsudin).

Moga sumbangan ikhlas dan kongsi rezeki yang diberikan nama Allah ini dapat meningkatkan kesedaran untuk menyebarkan kebaikan kepada seluruh kelompok masyarakat, baik di negara kita atau pun dunia luar. - KitaReporters


Anak-anak Pusat Tahfiz turut menerima makanan dan minuman yang diedarkan itu.


Ibtisam Katering juga mengedarkan nasi kepada kanak-kanak pusat tahfiz.


Mohd Fairus Abd Majid (kiri) ketika menyampaikan borang penyertaan untuk menyertai korban dan akikah di Mekah baru-baru ini.


Agihan daging korban dan akikah ketika sambutan Aidiladha baru-baru ini.


Pengarah program Kongsi Rezeki Muhammad Tasnim Abd Razar (kiri) aktif dalam kerja kebajikan di Perlis.


Muhammad Saniy Samsudin (kiri) sedang menyampaikan sumbangan kepada belia Orang kelainan Upaya (OKU) di Changlun baru-baru ini.

11
4
0
8
0
You will be interested