Insan & Komuniti 17 Jun, 2021

Cucu dengan nenek: Sweet seperti pasangan kekasih! Layan nenek siap dengan pickup line lagi!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Bila hubungan anak bersama orang tua telah erat sejak kecil, pasti keakraban itu mampu bertahan hingga hujung nyawa tanpa mengira usia ketika itu. Bukan mudah bagi seorang anak yang sudah dewasa untuk kelihatan mesra seakan-akan bersama kekasih atau memberi kata-kata manis kepada ibu bapa kita. 

Perkara itu dilakukan oleh seorang pengguna TikTok, Dany yang banyak memuat naik video 'sweet' dan pickup line bersama neneknya. Meskipun umur neneknya telah berusia akan tetapi neneknya tetap melayani karenah cucu dia. Cucu dan nenek memang 'masuk air'.  Yang si cucu pun, kemain ye. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan nenek



Dilihat betapa eratnya hubungan mereka, boleh disimpulkan bahawa didikan emaknya pasti penuh dengan kasih sayang.  Bukan mudah untuk seorang cucu yang sudah berusia melayani neneknya seperti itu. 

Ye betui, penulis tahu anda di luar sana pun melayani ibu bapa atau nenek dengan baik seperti ini tetapi penulis tekankan di sini bahawa tidak ramai orang seperti itu. 

Dan ini juga membuktikan didikan dari kecil sangat penting. 




Berapa antara kita yang kurang rapat dengan tok dan tok wan kita? Sebab apa? Anda sahaja tahu jawapan itu. 

Video yang dimuat naik dalam Tiktok miliknya pasti membuatkan ramai rindukan akan nenek kita di kampung malah ada juga yang rindukan ibu kita.  

Anda belum tonton video di atas? Tak pe, penulis belanja lagi video kebahagiaan mereka ini. 




Dah tonton ke? Apa macam, mesti tersenyum sendirikan dan pasti secara langsun rindu akan ibu  dan nenek masing-masingkan. 

Begitu yang dikatakan oleh mereka yang sudah tonton setiap video Dany bersama neneknya. Mereka memuji dan ada juga yang rindu ibu terutama yang suada tiada ibu. - KitaReporters






1
0
2
0
0
You will be interested