Insan & Komuniti 12 Jun, 2021

Kurang ajar betul! Tampar pak guard gara-gara tegur tak scan suhu! Bikin malu ore Kelate je!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


BILA jumlah kes tinggi-tinggi kita akan marah pihak kerajaan kerana gagal mengawal COVID-19 sehingga kes melambung tinggi tetapi ada juga segelintir masyarakat yang tidak memberi kerjasama dalam soal membendung penularan kes COVID-19 ini. 

Perkara ini terjadi di sebuah pasar raya Tesco (kini Lotuss Stores) Kota Bharu, Kelantan pada 7 Jun 2021 lalu sekitar jam 2 petang apabila ada pelanggan yang bertindak kurang ajar sehingga sanggup menampar pak guard (pengawal keselamatan) di situ gara-gara menegur dia tidak imbas (scan) suhu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pengawal keselamatan


Kejadian itu berlaku apabila mereka bertekak dalam 15 saat sebelum menampar dan berlaku keadaan cemas apabila pak guard itu pengsan dalam seminit sebelum dikejutkan oleh beberapa pekerja di situ.

Amboi bang, tak kan sebab itu sanggup naik tangan dekat orang lain. Bukan susah pun, scan suhu, sanitize tangan dan tunjuk MySejahtera, kan mudah je! 

Pak Guard tu pun hanya jalankan tugas dia je!! 



Menurut pengguna Tiktok, Ashhpopo ikutkan beliau tidak mahu merakam kejadian itu kerana ingat ia akan berakhir begitu sahaja ketika tetapi sebaliknya pula. Malah kata guard itu lagi, hari kejadian itu memang ramai pula orang kurang ajar. 

Ashhhpopo juga berkata orang yang tampar itu telah lari menaiki sebuah kereta Honda CRV dan ada anak dalam kereta itu.

Buat malu je dekat anak dalam itu. Kalau dia nampak mesti dia akan belajar dari bapak dia itu. 

Perkara ini telah mengundang kemarahan para netizen. - KitaReporters








2
0
8
0
1
You will be interested