Insan & Komuniti 11 Jun, 2021

Berita Terkini| MAIWP peruntuk RM1j untuk 2k pengawal keselamatan! Terima bantuan one-off RM500!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

PENGAWAL keselamatan yang tersenarai akan menerima bantuan sebanyak RM500 seorang secara 'one-off'. 


MAJLIS Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) meneruskan pemberian Bantuan Zakat kepada golongan asnaf dan B40 yang terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sebagai meringankan beban golongan berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, bantuan zakat menerusi Program MAIWP Prihatian–Kasih Asnaf 3.0 dengan peruntukan RM38.7 juta itu akan memberi manfaat kepada 75,210 penerima membabitkan pelbagai kelompok sasar di Wilayah Persekutuan.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, MAIWP memperuntukkan RM1 juta khusus buat 2,000 pengawal keselamatan menerusi Persatuan Industri Keselamatan Malaysia.

“Pengawal keselamatan yang tersenarai akan menerima bantuan sebanyak RM500 seorang secara 'one-off' (sekali beri).

"Peruntukan ini adalah hasil diterima daripada pembayar zakat yang melakukan rukun Islam keempat di Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP Wilayah Persekutuan. Terima kasih pembayar zakat," katanya melalui hantaran dalam akaun Facebooknya, pada Jumaat, 11 Jun 2021. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, bantuan zakat menerusi Program MAIWP Prihatian–Kasih Asnaf 3.0 dengan peruntukan RM38.7 juta.

 

3
0
0
0
0
You will be interested