Insan & Komuniti 21 Dec, 2020

Video| Leong Piow dikagumi! Utamakan soal solat semua pekerja

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

BAGI kita yang beragama Islam tentu merasa teruja apabila mengetahui seorang tauke perniagaan berbangsa Tionghua bahawa beliau bukan sahaja akan memarahi setiap pekerjanya tidak mendirikan solat lima waktu malah dia tidak akan ambil bekerja dengannya dari awal-awal lagi. : KitaReporters


SEORANG pekerja yang sedang membungkus minyak masak di Kilang Link Holders Packaging, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. - Kredit Foto : Link Holders


GAN LEONG PIOW 


Lebih mengkagumkan, Gan Leong Piow, 72, yang mengendalikan perniagaan minyak masak dan gula berasal dari Kampung Paloh, Wakaf Bharu, Kelantan berkata, semua pekerjanya adalah daripada bangsa Melayu. 

Bayangkan dengan sikap serta berpendirian sedemikian yang dimiliki Leong Piow turut memartabatkan agama Islam sudah pasti tidak diketemui daripada 1,000 orang atau kemungkinan 1 orang lain daripada kaum Cina yang berprinsip mengenai amalan ajaran Islam yang suci seperti dirinya.


DUA pekerja sedang membungkus minyak masak berjenama 303 milik Link Holders Packaging.


Sehingga kini syarikatnya yang beroperasi di bawah nama Link Holders Packaging di Pengkalan Chepa, Kota Bharu sejak 42 tahun lalu mempunyai 55 tenaga pekerja yang kesemuanya berbangsa Melayu dan beragama Islam. 

Leong Piow berkata, biarpun beliau beragama lain tetapi tiada jurang perbezaan antara beliau dengan pekerjanya yang beragama Islam selain semua pekerja dianggap seperti anak beranaknya sendiri.


SALAH seorang kakitangannya sedang bertugas di kilang Gan Leong Piow. -  Kredit Foto : Link Holders Packaging


Beliau menjelaskan, kalaulah pekerjanya cuai mendirikan sembahyang sudah tentu doanya tidak akan berkat dan melalui solat juga kita dapat berdoa semoga kehidupan kita sempurna serta rezeki akan murah selalu. 

``Saya sendiri pun, setiap tahun mengadakan solat hajat di kilang bagi memudahkan segala urusan dan jika ada pekerja yang lambat mendirikan solat saya akan marah mereka

``Walaupun saya beragama lain tetapi saya tetap memarahi mereka yang melengahkan solat apabila tiba waktunya kerana sembahyang mesti diutamakan dahulu dan saya suruh mereka berhenti kerja sekejap untuk solat,’’ katanya yang begitu faseh bercakap loghat Kelantan.




Kemungkinan akibat pergaulannya begitu sinonim dengan masyarakat Melayu sejak dari kecil lagi menyebabkan tiada perbezaan lagi dalam kehidupannya tentang masalah bangsa dan agama. 

Selain memberi penekanan terhadap semua pekerja tentang ajaran Islam yang seharusnya diberi perhatian setiap masa seperti mendirikan solat, berpuasa pada bulan Ramadan dan pakaian pekerja mesti menutup aurat, Leong Piow juga turut menyumbang sebanyak 50 peratus untuk pekerjanya yang menunaikan umrah

Dalam pada itu, beliau juga memberi sumbangan kepada seorang jemaah haji dari Kelantan yang meninggal dunia akibat  kren runtuh di Masjid Masjidi Haram, Mekah pada 2015 di samping bantuan-bantuan lain yang dihulurkannnya kepada golongan kurang berkemampuan tanpa mengira bangsa.



``Orang datang minta derma untuk membuat masjid saya bantu, orang datang minta bantuan untuk menyiapkan rumahnya yang belum siap lagi saya pun bantu juga. 

``Pekerja saya buat umrah saya  bagi 50 peratus kos tambang dan urusan perbelanjaannya dan tidak apalah walaupun saya tidak menunaikan haji tetapi sekurang-kurangnya wang saya hulur itu sampai juga di tanah suci ,’’ katanya yang mempunyai empat orang anak. - KitaReporters

0
3
1
0
0
You will be interested