Insan & Komuniti 05 Nov, 2020

Erra Fazira selamat diijabkabulkan! Menteri Agama jadi saksi

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this

Seawal pukul 8.00 pagi tadi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal-Ehwal Agama) Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah melakukan lawatan mengejut ke tapak majlis akad nikah di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Tapi Menteri Agama itu yang menerima kejutan! Beliau menjadi saksi kepada pernikahan, Erra Fazira!! : KitaReporters 


Kredit foto-foto: FB Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri


Lagi cerita-cerita berkaitan Dr Zilkifli:

https://kitareporters.com/search?search=dr+zulkifli


"Sebentar lagi jam 9 pagi, saya akan sertai majlis akad nikah yang dilaksanakan di sini (JAWI)," kata Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang dimuat naik melalui laman Facebook rasminya pada Khamis, 5 November 2020. 

Katanya, tujuan tinjauannya itu adalah bagi melihat sendiri kaedah pelaksanaan prosedur operasi standard atau SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama di negeri-negeri mengenai proses perkahwinan. 



Sejurus melihat sendiri keadaan pelaksanaan SOP tersebut, beliau menzahirkan rasa syukur dan berpuas hati dengan proses akad nikah pasangan beragama Islam di JAWI.

"Insya-Allah saya akan umumkan SOP Akad Nikah terbaharu bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan dalam masa terdekat," tambahnya lagi.



Namun seperkara lagi yang menarik minat ramai netizen dalam media sosial adalah sepasang pengantin baharu yang secara kebetulan sedang melakukan proses akad nikah ketika Dr Zulkifli melakukan lawatan mengejut berkenaan.

Apa yang menarik terhadap pasangan pengantin ini adalah nama pengantin perempuan yang menyerupai nama seorang artis terkenal tanah air iaitu Erra Fazira.



"Tahniah Puan Erra Fazira dan suami atas pernikahan sebentar tadi. Ia berlangsung di pejabat JAWI dalam tempoh tidak melebihi 20 minit dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak JAWI.

"Nama kebetulan sama, namun bukan individu yang disangka. Saya pun mula-mula terkejut. Ingatkan pelakon filem Sembilu," tulis Menteri Agama di ruangan Facebook miliknya.

Beliau yang turut menjadi saksi ke atas proses akad nikah Erra Fazira dan suami ini turut memanjatkan doa agar ikatan perkahwinan diberkati Allah SWT, berbahagia dengan pasangan dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Untuk mereka yang masih tertanya-tanya mengenai SOP pernikahan khusus di Wilayah Persekutuan, seperti dijanjikan oleh Menteri Agama sendiri bahawa pihaknya akan memaklumkannya dalam masa terdekat. - KitaReporters


2
1
1
10
0
You will be interested