Insan & Komuniti 25 Apr, 2020

RAMADAN TIBA!! PELUANG GANDAKAN SELAWAT!!

@mohamad fadhil mohd daud (allahyarham)
Memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan di Mysuara.net sebuah Unit Komunikasi Yayasan Kepimpinan dan Strategi Malaysia (YKSM). Kini merupakan Wartawan dan Penulis di agensi media KITA Reporters.

Share this

Dalam hadis riwayat At-Termizi, Nabi SAW pernah memberitahu "orang yang kedekut, bakhil adalah orang yang tidak berselawat ke atasku ketika mana namaku disebut di sisinya, dia adalah sombong! Dia dengar, tapi tidak mengendahkannya dan berbuat senyap serta tuli tidak membalasnya." Ringkas, namun pahalanya sebesar gunung Uhud malah lagi besar daripada itu. : KitaReporters


Ketika melalui ibadah puasa dalam bulan Ramadan ini wajar kita bertanya: Apakah selayaknya kita digelar umat Muhammad SAW?? Nabi terakhir pemimpin sekalian makhluk.

Kita akan berasa marah dan terhina sekiranya Nabi kita dicerca, diperlecehkan oleh orang yang bukan sepegangan agama dengan kita.

Tapi sempatkah kita terfikir seberapa kerapkah kita meluangkan masa membasahi bibir dengan kata puji-pujian ke atas penghulu kita??

Sekali?? Dua kali?? Ada?? Tiada?? Tidak pernah langsung??

Kredit foto:  FB @Muhammad Rizal 


Mungkin kita tidak menyedari manfaat dan kelebihannya kerana ganjaran yang dikurniakan sengaja Allah tutup dari pandangan hijab manusia untuk kita sentiasa tunduk dan beristiqomah ketika melakukannya.

Menerusi kiriman satu video peribadi yang dihantarkan melalui aplikasi WhatsApp baru-baru ini, ia benar-benar mengetuk hati kecil dan sanubari manusia apabila menontonnya.

Seorang anak kecil berumur dua tahun mengalunkan kalimah pujian kepada Nabi SAW walaupun dalam keadaan tersekat-sekat, tidak fasih dan tidak jelas.

Sudah tentulah didikan keluarga yang menunjukkan contoh perbuatan yang baik, membentuk sikap dan cara terpuji anak bila mana berada di rumah.

Intonansi dan rima anak ini ketika mendendangkan selawat ke atas baginda Nabi SAW cukup mengingatkan kita kepada ibu-ibu tradisional mendodoikan bayinya untuk tidur dalam buaian.

Adik Wan Aisyah Azmia mendendangkan selawat mirip seperti ibu-ibu menidurkan bayi kiriman WhatsApp Azlynna Zainal


Seperti pepatah Melayu dahulu ada mengungkapkan air bercucuran di atap jatuh ke pelimbahan jua, seperti mana perbuatan anak begitulah tauladan yang ditunjukkan datangnya dari keluarga.

Perbuatan gemar berselawat haruslah dipraktikkan bersama anak-anak bukan sahaja di rumah, tetapi di mana sahaja agar dapat melahirkan keharmonian dan kesejahteraan berkeluarga yang sentiasa 'hidup'.

Mengenali siapa Nabi dan mengetahui salasilah keluarga baginda tidak menghalang kita untuk mengingatinya, namun perbuatan kita menuturkannya saban waktu secara lisan dapat menjadi ikutan warga sekeliling yang mendengarnya.

Menerusi video yang kedua latihan didikan yang diamalkan untuk mengajar anak-anak rajin berselawat sebelum memulakan sesi pembelajaran di sekolah adalah sesuatu yang bermanfaat dan mulia.

Memulakan setiap perbuatan kita dengan terdahulu memuji nama Allah yang esa dan kekasihnya, Nabi Al-amin akan mewujudkan kuasa keredaan dan keberkatan luar biasa serta berpanjangan.

Kredit foto: FB @PASSEKINCHAN


Tidak ingatkah kita sewaktu kecil dahulu??

Apa kata Tuhan.

Jaminan Allah itu benar dan tidak berbohong, sekali kita berselawat 10 kali ganda kebaikan pastinya akan mendatangi kita tanpa berlengah, itu janji Allah!

Percayalah jika ganjaran dan manfaat itu terkelihatan dek mata, nescaya manusia akan berbunuh-bunuhan merebut 'harta akhirat' tanpa memberi peluang kesamarataan pada semua.

Allahuakbar!!

Dengan kemuliaan zatnya, ketinggian kasih sayangnya Tuhan masih lagi memberikan peluang mengumpul seberapa banyak kebaikan, pahala untuk dijadikan bekalan kebersediaan kita menemuinya sedikit masa lagi.

Pada bulan paling suci, Ramadan Mubarak ini Allah memberi kita peluang mengumpul kebaikan berganda.

Mendendangkan kalimah berselawat, perbuatannya sangat mudah ganjarannya masya-Allah tidak terhitung dengan kata-kata.

Allah sangat memandang tinggi hamba-Nya yang berselawat ke atas kekasih-Nya yang mulia, Muhammad SAW di samping pemberi syafaat yang dicari-cari di akhir zaman nanti.

Beranalogikan manusia, jika ada yang sentiasa menyebut dan memuji kekasih kita, siapa yang tidak suka?? 

Pasti akan terbawa-bawa sampai ke tidur, tetapi perbuatan itu tidak mendatangkan faedah lagi sia-sia.

Pernah disebutkan dalam satu hadis bahawa sahabat-sahabat telah bertanyakan kepada Nabi seberapa kerap kita dianjurkan untuk berselawat?

Lalu, Nabi SAW menjawab, tanpa henti selagi tidak menutup mata atau tidak mati.

Kredit foto: FB Mari Berselawat 2014


Kepentingan berselawat jelas sekali menunjukkan sama perlu dan afdalnya dilakukan seperti mana yang disarankan Allah untuk manusia mendirikan solat.

Cuma, solat merupakan suruhan wajib yang diperintahkan Tuhan dan agama, selawat dilakukan bila mana dalam keadaan bebas dan terluang, tapi kerap!

Perkara-perkara yang disunatkan untuk dibuat seperti zikrullah dan berselawat ini tatkala dunia sedang dilanda wabak COVID-19 sudah pastinya memberikan rawatan hati, emosi dan ketenangan yang sempurna.

Diceritakan satu kisah menarik berkaitan fadilat berselawat oleh pendakwah bebas, Ustaz Abdullah Khairi yang berlaku di kota suci Mekah.

Ceritanya begini, ketika Sufian As-Saudi seorang ulama besar tawaf di kawasan sekitar Masjidilharam di Mekah, tiba-tiba ada satu lelaki berada di kawasan tersebut, lelaki tersebut hanya membacakan selawat berulang kali di setiap sisi kaabah yang dilewatinya.

Yang menjadi kehairanan ulama itu adalah ada doa khas yang akan dibaca oleh sesiapa yang menziarahi Kaabah tetapi berbeza dengan lelaki ini yang acapkali melafazkan kalimah puji-pujian kepada baginda Nabi SAW.

Lalu ditanya Sufian kepada lelaki tersebut kenapa tidak membaca doa tertentu yang sudah diajarkan oleh baginda Nabi??

Lalu lelaki itu menjawab, kerana berselawatlah wajah dan seluruh tubuh ayahnya yang hitam terbakar semasa meninggal dunia menjadi bersih keputihan berkat dengan syafaat yang diberikan oleh Nabi yang tiada pada kekasih Allah yang lain.

"Tertutup aib bapaku."

Ustaz Abdullah Khairi dalam ceramahnya kelebihan berselawat.


Ketahuilah setiap para Nabi dan Rasul diberikan Allah sebuah doa utama untuk dikabulkan, dalam apa jua permintaan yang tidak 'terbatas'. 

Seperti Nabi Allah Nuh yang menggunakan doanya untuk menyelamatkan kelurganya dari banjir besar, Nabi Allah Sulaiman yang meminta kekuasaan langit dan bumi tetapi tidak pada Nabi tercinta Muhammad SAW yang tidak menggunakan doa utamanya walau bermacam penganiayaan dihadapi baginda sehingga didesak Jibrail AS.

Doa yang tidak digunakan baginda sudah tentunya berupa syafaat, khas diberikan kepada setiap manusa yang berselawat dan mengangkatnya saban waktu dengan keizinan Ya Rob penentu timbang tara dunia yang maha saksama.

Nah!

Mahu kebaikan mudah seperti apa lagi wahai manusia??

Mahu sesuatu kebaikan dan ganjaran dengan hanya mengoyangkan kaki dan terima habuanya??

Tidak semudah itu, tentunya setiap usaha memerlukan pengorbanan dan kudrat.

Kredit foto dari facebook @Muhammad Suhari


Oleh yang demikian, Tuhan sengaja mewujudkan sosok kecil yang tak tersangka untuk mengejutkan manusia dan mengingatkan kita bahawa Allah itu sedang memerhati dan tidak tidur.

Allah boleh mengosongkan Kaabah sekelip mata, menimbulkan bencana dan huru-hara, mengerakkan laut, menyebarkan wabak, mengejutkan laharnya dengan semudah menyebut 'Kun Fa Ya Kun' dengan sifat 'Qiyaamuhu Taala Binafsihi'.

Adakah kita sudah bersedia??

Musim-musim berkurung ini adalah masa sesuai yang sebaiknya digunakan kita untuk berselawat bersama keluarga.

Cukup di dalam hati janji berulang kali.

Marilah kita berselawat supaya Nabi kenal siapa umatnya yang bernama manusia. Pahala dapat, mudah ke syurga.

Allahumma solliala saidina Muhammad, waalaalihi saidina Muhammad.

Alhamdulillah! - KitaReporters

Kredit video: FB IFB News

9
0
3
1
0
You will be interested