Insan & Komuniti 08 Dec, 2020

Diberhenti kerja! Dulu wartawan kini usahawan bisnes makanan

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this

SELAMA 10 tahun menghambakan diri sebagai wartawan yang sentiasa sibuk bekerja tanpa mengira waktu, kini beliau beralih angin menceburi bidang perniagaan makanan selepas diberhentikan kerja. Hanya kesabaran dan ketabahan yang membuatnya bertahan sehingga hari ini terutama ketika negara sedang diancam wabak pandemik COVID-19. : KitaReporters 


Ainal Marhaton Abd Ghani


Lagi kisah-kisah berkaitan usahawan:

https://kitareporters.com/search?search=usahawan


Kerjaya sebagai wartawan dianggap penuh glamor. Namun, tidak semua bernasib baik malah ada yang terpaksa meletakkan pen dan buku nota ketika kerjaya berada di puncak. Pencatat berita pun boleh.

Semuanya tinggal sebagai kenangan malah sudahpun menjarakkan diri daripada dunia penuh glamor itu. 


Stok pau abah yang dihantar menggunakan perkhidmatan lori. 


Begitu juga nasib seorang wartawan sambilan di sebuah agensi media tersohor negara, Ainal Marhaton Abd Ghani yang terpaksa berhenti kerja selepas kontrak perkhidmatannnya tidak lagi disambung berikutan pengecilan operasi syarikat 

"Sedih memanglah sedih apabila saya antara yang terpilih untuk diberhentikan kerana jiwa saya memang sudah sebati dengan dunia kewartawanan dan saya amat mencintai kerjaya itu.

"Berikutan itu, saya mengalami kemurungan yang agak teruk kerana diberhentikan secara tiba-tiba. Notis dua minggu tanpa sebarang persiapan untuk 'bersara awal'. 

"Pendapatan mula terjejas dan bergantung pada wang simpanan sahaja. Namun, segalanya berubah selepas bertemu 'jodoh' dengan produk makanan sejuk beku kuih 'pau' dari utara ini," kata usahawan ini kepada KiteReporters.com



 

Pau Abah ada lapan jenis inti 


Beliau yang mesra dengan panggilan Ainal adalah bekas wartawan sambilan Berita Harian Pahang selama 10 tahun sebelum diberhentikan pada Oktober 2018. Bertukar kerjaya yang 100 peratus berbeza!

Menurut wanita berusia 57 tahun ini, sebelum itu, selama tiga bulan dia mencari pelbagai produk makanan yang mudah 'dijual' tetapi tidak berhasil. Susah sebenarnya nak berniaga kalau tiada ilmu dan sokongan moral ni. 

"Namun akhirnya, saya bersyukur dipertemukan dengan 'founder' produk makanan sejuk beku pau jenama 'Pau Abah', Herda Johan dari Pulau Pinang menerusi laman sosial Facebooknya pada Januari 2019," katanya.


Suami Ainal, Nordin Abdullah adalah sumber kekuatan baginya untuk terus melangkah maju dalam dunia bisnes makanan.


Ainal kemudiannya meminjam wang suaminya, Nordin Abdullah, 58, sebanyak RM200 sebagai modal membeli 15 pek (90 biji) pau sejuk beku yang dihantar melalui bas ekpress oleh Herda. 

"Saya ambil masa dua minggu untuk menghabiskan jualan pau itu dan hampir putus asa kerana sukar mendapatkan pelanggan.

"Bagaimanapun, saya yakinkan diri bahawa saya boleh lakukannya dan sedikit demi sedikit jualan saya semakin meningkat dan kini jualan saya mencecah 8,000 biji pau sebulan," katanya yang kini menggunakan perkhidmatan lori untuk penghantaran produk berkenaan.

Katanya, dia berterima kasih kepada Herda yang banyak membantu ketika baru berjinak menjual pau sejuk beku. 


Norhazlina Abdullah salah seorang ejen jualan Pau Abah juga di kawasan Balok.


"Herda banyak memberi tunjuk ajar bagaimana cara meningkatkan kuantiti jualan dan mengembangkan lagi bisnes supaya lebih dikenali ramai," katanya yang memperoleh purata pendapatan sehingga empat angka sebulan.

Menurutnya, kuih pau yang dijualnya adalah 100 peratus buatan Muslim dan memiliki sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempunyai lapan jenis inti iaitu kacang merah, seri kaya, kari ayam, kari daging, sambal bilis, kelapa, coklat dan ayam cendawan shitake yang menjadi kegemaran semua lapisan masyarakat.

"Istimewanya Pau Abah ini, ia tiada bahan pengawet, gebu, lembut dan inti padat. Tahan dalam tempoh setahun jika disimpan dalam peti sejuk beku.

"Selain dikukus, pau ini juga boleh digoreng dan tidak serap minyak sekali gus menjadikannya tidak muak," katanya yang mempunyai beberapa ejen di Balok, Indera Mahkota, Permatang Badak, Semambu, Taman Tas dan Jaya Gading. 



Ainal menghantar sendiri menghantar stok pau kepada ejennya di Balok, Robiah Mohamad (tudung hitam) yang tetap setia bersamanya sejak memulakan bisnes Pau Abah pada Februari 2019.


Menurutnya, suri rumah atau sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi ejen jualan Pau Abah boleh menghubungi beliau melalui talian 019-9806963 dengan anggaran modal serendah RM300.

"Saya juga buka untuk dropship bagi yang tidak mempunyai modal untuk mulakan perniagaan," katanya yang juga stokis Pau Abah bagi negeri Pahang. 


Hikmah di sebalik PKP, Ainal menambah produk jualan dengan membuat kerepek pisang secara kecil-kecilan dan menerima sambutan menggalakkan kalangan warga tempatan dan luar Pahang.


Dalam masa sama, wanita lima anak dan nenek kepada dua cucu ini juga turut menghasilkan kerepek pisang nangka segar yang dijual secara dalam talian sahaja. Hebat, kerepek pisang pun jual online!

"Hikmah di sebalik PKP dan wabak pandemik COVID-19 yang belum berakhir malah semakin serius melanda negara, saya membuat kerepek pisang untuk tambah pendapatan dan alhamdulillah sambutan diterima amat menggalakkan.

"Dalam tempoh sebulan saya telah menggunakan hampir 600 kilogram pisang muda untuk dibuat kerepek.

"Saya berterima kasih kepada suami dan anak-anak yang banyak membantu juga pelanggan yang tidak putus-putus memberi kata semangat untuk saya terus bertahan dalam bisnes ini," katanya yang baru berniaga kerepek bermula 26 Oktober 2020. 


Rangup dan sedap... Dua perkataan yang kerap disebut pelanggan apabila Ainal meminta pelanggan memberi komen selepas makan kerepek pisang hasil air tangannya.


Walaupun masih baru, promosi yang dilakukan menerusi lamam sosial Facebook membolehkannya menerima tempahan luar seperti Kelantan, Terengganu, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur.

"Mungkin strategi saya yang hanya menjual kerepek pisang segar tanpa menyimpan dalam tempoh lama membuatkan pelanggan berminat untuk menempah.

"Paling lama disimpan hanya empat hari sebelum diambil atau dihantar kepada pelanggan, manakala melalui kurier bergantung kepada sistem penghantaran mereka," katanya yang mendapat bekalan pisang daripada beberapa pembekal sekitar Kuantan. 


Bergambar kenangan dengan pelanggan tetap yang juga rakannya, Rosni Malaysia. 


Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Pokok pangkalnya jangan menyimpan perasaan rendah diri sebaliknya teruslah melangkah ke depan. 

Kalau bukan kita yang membantu diri sendiri siapa lagi? Tepuk dada tanya selera. - KitaReporters



23
4
2
0
0
You will be interested