Insan & Komuniti 27 Jul, 2020

Tahniah Miera Leyana-Rosland! Selamat bergelar suami isteri!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Pelakon Miera Leyana, 27, menamatkan zaman bujangnya setelah bernikah dengan ahli perniagaan, Rosland Othman, 40-an. Majlis pernikahan berlangsung di sebuah hotel bintang 5 di ibu kota malam tadi Ahad, 26 Julai 2020. Ia dijalan secara eksklusif dengan hanya sejumlah tetamu mengikut prosedur kesihatan. Sementara majlis resepsi dijadual berlangsung bulan depan. : KitaReporters

Miera Leyana dan Rosland Othman selamat bernikah malam tadi, 26 Julai 2020. - Kredit foto: The Affiliates.


Lagi cerita-cerita berkaitan pernikahan:

https://kitareporters.com/search?search=pernikahan


Pasangan itu diijabkabulkan oleh bapa Miera sendiri, Datuk Seri Kasmi Arsat dengan hanya sekali lafaz kira-kira pukul 8.45 malam dengan mas kahwin RM100. 

Menurut Miera dia bersyukur majlis akad berjalan lancar dan berterima kasih kepada saudara-mara dan rakan-rakan yang mendoakan kesejahteraannya. 

Miera dan Rosland berkawan sejak empat tahun lalu dalam satu pertemuan dalam satu majlis pelancaran produk, lalu menjadi kawan baik hingga akhirnya memutus untuk berumah tangga. 

Rosland yang disangka Miera hanya kawan baik tanpa diduga melamarnya pada Mei lalu.

Majlis akad nikah bertemakan klasik dan moden, dengan Miera mengenakan busana putih perak, manakala Rosland menggayakan persalinan warna sama, hasil sentuhan pereka fesyen, Rizman Ruzaini. 

Akad nikad dilakukan oleh ayah Miera, Datuk Seri Kasmi Arsat. - Kredit foto: The Affilllates 


Miera mula terlibat dalam bidang lakonan dalam tahun 2012 melalui drama web, berjudul  ‘Luna Fantasiku’ ketika itu dia berusia 17 tahun. 

Antara 2012 hingga 2017, dia berlakon dalam tujuh buah filem dan puluhan drama TV. 

Dalam filem dia bermula dari ‘Jangan Pandang Pandang’ arahan Ahmad Idham hingga filem ‘Lebuh Raya Ke Neraka’ arahan Mamat Khalid.

Miera pernah menerima anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) pada 2003 dalam Anugerah Skrin. - KitaReporters

Kredit video: Budiey Channel 

2
1
1
2
1
You will be interested