Insan & Komuniti 19 Jul, 2021

Video| Rindu nak makan di kedai! Keluarga realisasikan keinginan si kecil! Buka Kedai Mak Tok!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

IBRAHIM berselera menjamu selera makanan yang dijual di Kedai Mak Tok. - Kredit foto: Twitter @syedalbukhary


MENJALANI kehidupan dengan norma baharu hampir dua tahun pasti membuatkan ramai yang rindu dengan kehidupan yang lalu yang sememangnya bebas dan menyeronokkan.

Jika dulu, pantang ada waktu lapang mesti merancang perjalanan untuk bercuti ataupun pulang ke kampung, dapat berkumpul bersama-sama menjadi terapi terbaik dalam menyelesaikan tekanan.

Malah hari cuti minggu pula menjadi aktiviti wajib untuk melepak atau bersantai di kedai makan sambil berbual.

Ohh indah…


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kedai makan



Namun hari ini semuanya tiada lagi, yang ada hanya berkurung di rumah sendiri. 

Terbaharu seorang pengguna Twitter @syedalbukhary berkongsi kisah anak saudaranya, Ibrahim yang meluahkan keinginan untuk makan di kedai makan kerana terlalu rindu suasana dan aktiviti di luar rumah.

Mungkin terlalu lama berkurung membuatkan dia rindu untuk makan seperti sebelum ini.


MENGGUNAKAN wang Jutaria untuk urusan membeli di Kedai Mak Tok


Bagi merealisasikan keinginan Ibrahim, Syed memberitahu mereka sekeluarga membuat kejutan kepada si kecil itu dengan mendirikan sebuah kedai di halaman rumah neneknya.

Bagi kelihatan 'real', mereka menamakan kedai itu dengan nama ‘Kedai Mak Tok’ dan dihias menyerupai kedai yang menjual pelbagai makanan seperti pasta, buah-buahan, coklat dan juga air minuman.

Wahhh… Mesti Ibrahim seronok nih!


PASTA menjadi pilihan Ibrahim ketika membeli di Kedai Mak Tok.


Lebih mengujakan mereka sekeluarga menggunakan wang jutaria sebagai perantara dalam urusan urus niaga di kedai berkenaan.

Menurut Syed lagi, Ibrahim sangat teruja dapat membeli dan makan di kedai walaupun di dalam halaman rumah.

Lagi menyerokkan apabila kelihatan Ibrahim berselera makan yang dijual di Kedai Mak Tok.



Itulah apa boleh buat, bukan sahaja Ibrahim yang rindukan kehidupan lama tetapi rasanya semua rindu dengan kehidupan lama kita.

Semoga Covid-19 berangkat pulang dan kita juga akan kembali dengan kehidupan lama. Buat masa ini, hanya perlu bersabar dan bekerjasama dengan semua pihak untuk patuhi SOP dan ambil vaksin.

Terbaiklah Syed Al-Bukhary. - KitaReporters


 

 

 

0
2
0
0
0
You will be interested