MENUNGGU detik kelahiran semestinya penuh debar manakala barangan dan keperluan serta dokumen penting juga semestinya sentiasa ‘di depan mata’ bagi memudahkan urusan sekiranya tanda-tanda bersalin memberi petanda.
Dalam
perjalanan ke hospital pula pasti berdebar-debar ditambah pula dengan kontraksi
bersalin semakin kuat.
Perjalanan yang dekat pasti dirasakan terlalu lama dan jauh!
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kelahiran
Pengalaman
sama turut dirasai pasangan suami isteri dari Ontario, Kanada apabila terpaksa
berhenti di tepi lebuh raya di Highway 407 di Pickering selepas wanita mengadu sakit untuk
bersalin.
Terdahulu
pasangan itu baru 10 minit dalam perjalanan dari rumahnya menuju ke hospital.
Namun apabila melihat keadaan isterinya yang cemas dan mengadu bersedia untuk bersalin, Troy Campbell terus memberi signal kenderaannya sambil menghubungi bantuan kecemasan sebelum bergegas ke arah isterinya.
Sambil
mendengar arahan daripada paramedik yang memberi arahan melalui talian, lelaki
itu setia di sisi isterinya, Erika yang sedang meneran.
Namun selepas anaknya menjengah ke dunia, Erika berkata dia masih belum senang hati kerana tiada suara tangisan daripada si kecil. Malah tempoh itu sangat mendebarkan memandangkan kini dunia diancam Covid-19.
Namun selepas
20 saat barulah mendengar tangisan daripada si kecilnya.
Tempoh itu
terlalu lama baginya dan selepas mendengar tangisan segala kesakitan bersalin
hilang serta-merta, akuinya ibu muda yang sudahpun mempunyai dua orang anak ini.
Mendengar tangisan berkenaan, wanita tersebut terus sebak tanda syukur anak yang dilahirkan itu sihat dan sempurna.
Katanya tidak lama kemudian ambulans dan pasukan paramedik tiba di lokasi kejadian sebelum membawa dia dan si kecil ke hospital untuk rawatan selanjutnya.
Pasangan itu
bernasib baik kerana anaknya sihat dan sempurna tanpa berdepan komplikasi
ketika bersalin.
Terdahulu, pasangan
itu yang mempunyai dua anak perempuan itu memasang kamera rakam di kenderaannya untuk tujuan merakam vlog detik-detik
bersalin di awal sehingga bersalin.
Semestinya situasi yang dilalui itu menjadi kenangan manis dan takkan dilupa sampai bila-bila. - KitaReporters