BERKAT menabung setiap bulan... Muhammad Rahimi Jamil dipilih sebagai pemenang cabutan istimewa BSN SSP bulan April 2021. - Kredit foto: Facebook rasmi BSN Malaysia.
REZEKI tidak pernah tersalah alamat! Itu yang berlaku kepada seorang remaja 17 tahun apabila bergelar jutawan sekelip mata!
Tapi semua itu atas usaha kerasnya yang menabung secara konsisten telah membawa hasil yang cukup bermakna apabila dipilih sebagai pemenang cabutan Istimewa BSN Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi bulan April 2021.
Inilah dikatakan tuah ayam nampak di kaki tuah manusia
siapa yang tahu, kesungguhan menabung yang dilakukan setiap bulan dengan berkat
dorongan ibunya membolehkan Muhammad Rahimi Jamil membawa pulang sijil yang
bernilai RM1 juta.
Wow! Muda-muda dah jadi jutawan!
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan BSN
Terbaiklah!
Menerusi Facebook rasmi BSN, pelajar tingkatan lima
dari Teluk Kumbar, Pulau Pinang itu mula menyimpan dalam BSN SSP dengan bantuan
ibunya yang memulakan simpanan itu sebagai saluran untuk dia menyimpan wang.
Siapa kata orang muda tak boleh menang BSN SSP? Terbukti rezeki menyebelahi pemuda berusia 17 tahun ini.
Sementara itu Ketua Eksekutif BSN Jay Khairil dalam satu kenyataan memaklumkan, BSN sentiasa komited untuk menggalakkan tabiat menyimpan
dalam kalangan rakyat Malaysia terutama golongan muda.
Katanya, tahun ini BSN menawarkan hadiah bernilai
lebih RM30 juta untuk lebih 19,000 pemenang dengan majlis cabutan yang diadakan
mematuhi SOP ketat serta disiarkan secara langsung menerusi platform media
sosial rasmi Facebook BSN Malaysia.
Beliau menyarankan orang ramai supaya memulakan simpanan dalam BSN SSP yang mempunyai tiga kebaikan dalam satu simpanan iaitu menyimpan, berpeluang memenangi hadiah dan kadar faedah yang menarik.
Menjengah ke ruangan komen dalam media sosial pelbagai ragam yang dapat dilihat selain kagum dengan rezeki tertulis kepada anak muda itu dan kesungguhannya kerana mengamalkan gaya hidup sihat dengan cara menabung.
Malah tidak kurang juga yang meninggalkan komen lucu
juga yang menyatakan mesti ramai yang mengaku saudara apabila bergelar jutawan.
Semoga kemenangan yang diperoleh itu diguna sebaik mungkin untuk masa hadapan. Rancanglah dengan terbaik demi kemudahan di hari mendatang.
Inilah rezeki terpijak namanya… Tahniah Rahimi!
Semoga kemenangan itu memberi inspirasi kepada
anak-anak muda lain untuk menabung seperti dirinya. - KitaReporters
ORANG ramai disaran memulakan simpanan BSN SSP yang mempunyai tiga kebaikan iaitu menyimpan, berpeluang memenangi hadiah dan kadar faedah menarik.