Insan & Komuniti 07 May, 2022

Video| Semoga Hamid Gurkha diberikan kesihatan yang baik! Kian uzur! Tapi tiada penyakit kronik!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Pendengaan Hamid Gurkha semakin terjejas atas faktor usia. - Kredit foto: Berita Harian

Sebut nama pelawak veteran, Abdul Hamid Abdul Rahman tentu ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan si empunya nama. Namun bila disebut namanya Hamid Gurkha pasti ramai akan mengenali pasangan Jamali Shadat ini.

Dan pasti ramai yang tertanya-tanya keadaannya Pak Hamid, panggilan mesranya masa kini setelah lama tidak dilihat lakonan baharunya dalam filem atau drama.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelawak-pelawak

Allahyarham Jamali Shadat dan Hamid Gurkha (kanan). - Kredit foto: Mstar


Rakan lawaknya, Datuk Jamali Shadat telah mengadap Ilahi dalam usia 79 tahun pada 3 Februari 2021.

Jamali dan Hamid mula berpasangan sejak awal 1970-an apabila menjadi pasangan sebagai Atan (Jamali) dan Atok (Hamid) dan merakam ke piring hitam beberapa album lawak. Selain muncul berlawak bersama, masing-masing turut berlawak/berlakon bersendirian.

Malahan, kemunculan Hamid dalam filem dan teledrama/drama TV jauh lebih banyak berbanding Jamali.

Perkahwinan enam dekat pasangan ini dikurnia 8 cahaya mata dan 32 cucu serta 14 cicit. - Kredit foto: Harian Metro

Sejak muncul dalam filem ‘Panglima Badol’ pada 1978, sehingga kemunculan terakhirnya dalam ‘Superbike The Movie’ pada 2019, Hamid telah berlakon dalam 26 judul filem dan 7 drama TV  serta 7 telefilem.

Antara filem-filemnya yang memberi kenangan ialah ‘Aku Yang Berhormat’, ‘Ragam Pemandu’, ‘Gila Gila’ dan ‘Sikit Punya Gila’.

Anak-anak tidak menggalakkan Hamid terus berlakon berikutan masalah pendengaran yang dihadapinya, meskipun penglihatan masih baik untuk membaca skrip dan masih boleh memandu sendiri ke tempat penggambaran.



Kini Hamid yang bakal berusia 89 tahun pada 22 Ogos 2022, sudah semakin uzur dengan kesihatannya terus merosot setelah dijangkiti Covid-19 sejak Februari 2022.

Menurut isterinya, Timah Abdul Hamid, 80, selepas dijangkiti Covid-19, keadaan kesihatan Hamid semakin merosot. Dia hanya terlantar di katil dan pendengarannya semakin berkurangan kerana peningkatan usia

Bagaimanapun Hamid masih boleh bangun perlahan-lahan untuk ke bilik air dan menunaikan solat atas kerusi.

Menurut Timah, suaminya masih mampu berjalan seperti ke bilik air dan menunaikan solat. Cuma, dia agak sukar untuk menyeimbangkan badan.

Menurut Timah, suaminya tidak mempunyai penyakit kronik seperti sakit jantung atau kencing manis, cuma kian uzur disebabkan usia tua.

Sebelum terbaring, Hamid masih boleh memandu. Tambah Timah, suaminya kini selera makannya sudah berkurangan dan tidak boleh banyak bercakap kerana cepat penat.


Kredit foto: Berita Harian


Sementara itu, menurut anak bongsu Hamid, Nor Ashita, 47,  bapanya tetap berpuasa penuh sepanjang Ramadan, cuma selera makan ketika berbuka tidak lagi seperti dahulu.

Menurut Ashita, abahnya tidak lalu makan walaupun dihidang makanan kegemarannya seperti asam pedas dan kari. Namun Hamid tetap ingin berpuasa dan tidak ingin tinggal seharipun.

Hamid pernah dibawa ke klinik kerana mengalami cirit-birit dalam bulan Ramadan dan doktor menasihatkan dia berbuka sahaja. Namun Hamid menangis-nangis dan enggan berbuka dan kemahuannya diikut sahaja.

Menurut Ashita. Hamid berkata, itulah saham akhirat baginya dan jika nyawanya ditarik, biar dia pergi dalam keadaan sempurna iman.



Timah dan Hamid yang merupakan pemenang Artis Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ketiga pada 1982 ini berumah tangga selama lebih enam dekad iaitu sejak April 1957 dan dikurnia lapan cahaya mata, namun dua sudah meninggal,  32 cucu dan 14 cicit.

Secara kebetulan anak-anaknya tinggal tidak berjauhan daripada rumah Hamid di Taman Sri Andalas, Klang, Selangor.

Menurut Timah, suaminya suka melihat anak-anak dan cucu-cucu berkumpul. Jadi setiap hujung minggu anak cucu  akan pulang berkumpul di rumahnya. Dan Hamid kelihatan gembira pada 1 Syawal melihat anak dan cucu berkumpul dalam keadaan dia kurang sihat.


Kredit foto: Berita Harian


Hamid ketika ditemui media di kediamannya baru-baru ini menyatakan kesihatannya merosot, tubuh tinggal tulang dan belum pernah tinggal puasa.

Mungkin tidak ramai yang tahu, sebelum menceburi bidang lawak. Hamid yang lahir pada 22 Ogos 1933 yang dahulunya seorang askar (1950-1957) merupakan seorang penyanyi.

Dia pernah menjuarai pertandingan Bintang Radio 1965. Dari situ dia ditawar bekerja dengan Kementerian Kesenian dan Kebudayaan sebagai artis (seperti PENTARAMA) sebelum ditemukan dengan Jamali Shadat.

Ramai yang mendoakan pelawak legenda ini terus dapat meraikan Syawal yang akan datang. - KitaReporters

Kredit foto: Berita Harian

11
11
0
15
0
You will be interested