Insan & Komuniti 06 May, 2020

Ustaz Ebit Lew calon Tokoh Maal Hijrah 2020? Ramai sokong!!

@mohamad fadhil mohd daud (allahyarham)
Memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan di Mysuara.net sebuah Unit Komunikasi Yayasan Kepimpinan dan Strategi Malaysia (YKSM). Kini merupakan Wartawan dan Penulis di agensi media KITA Reporters.

Share this

USTAZ Ebit Lew calon kegemaran Tokoh Maal Hijrah 2020? Begitulah yang disuarakan oleh sesetengah netizen kerana sejak akhir-akhir ini nama pendakwah bebas itu begitu 'laku' dan dipuja ramai dengan aktiviti kebajikan dan dakwah yang dilakukan dari utara membawa hingga ke selatan tanah air. : KitaReporters

Ebit Lew menyantuni warga emas dan disenangai masyarakat


Malah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh kerajaan tidak mematahkan semangatnya untuk terus membantu sambil beramal di samping merasai sendiri pengalaman sebagai petugas barisan hadapan (frontliners) yang lain.

Sesekali kahadiran Ustaz Ebit bukan sahaja untuk menziarahi dan memberikan sumbangan makanan tetapi turut memberikan kata-kata semangat kepada barisan hadapan untuk kekal cekal serta kuat supaya proses memberikan perkhidmatan berjalan dengan lancar dan baik.

Perkongsian ilmu-ilmu hadis Nabi dan ayat-ayat Qalamuallah memberi semangat sedikit sebanyak mewujudkan kuasa pemulihan semula yang dicari-cari oleh pasukan frontliners dengan hampir setiap waktunya menabur keringat menggorbankan tanggungjawab diri sendiri dan keluarga.

Kegigihan pendakwah itu dalam keadaan berhujan, berpanas, berpenat lelah menunjukkan keikhlasannya yang berterus-terusan dalam menggembirakan dan mengukir senyuman petugas harus dipuji dan menjadi tauladan mulia kepada yang lain.

Tidak hanya pandai bercakap dan mengkritik sahaja!

Sesekali Ustaz Ebit mengakui terasa berputus asa dan menyerah kalah, namun dengan sokongan netizen dan orang ramai yang tidak putus-putus memberikannya semangat baru untuk terus memalitkan senyuman pada mereka yang memerlukan.


Kelihatan Ustaz Ebit Lew tidak lari dari perasaan lelah dan bersengkang mata demi hajatnya menggembirakan golongan yang memerlukan


Keazaman dan kekuatan yang ditunjukkan oleh Ustaz Ebit sejak bermulanya PKP ini wajar untuk negara mengalungkan penghargaan terima kasih dan tahniah di atas jasa-jasanya yang selama ini disumbangkan tanpa menghiraukan risiko jangkitan COVID-19 yang bakal dihadapinya.

Foto-foto gambar dan rakaman video yang dimuat naiknya sudah pasti bukanlah untuk berasa riak dan takbur, tetapi sekadar galakan bagi yang berkemampuan untuk sama-sama membantu meringankan bebanan.

"Nanti Allah akan sayang kita", "Allah sayang tuan-tuan dan puan-puan sebab itu diberikan ujian yang berat".

Rakaman kata-kata sebegitulah yang setiap kali diulang-ulangnya sebagai pengubat kejerihan dan kelelahan para petugas COVID-19 setiap kali berkunjung di hospital-hospital atau pos-pos kawalan.

Jelas! Begitulah cara Ustaz Ebit bersedekah dan berinfak dari sebahagian rasa kesenangan serta kemewahan yang dimiliki kerana Allah SWT. 



Ustaz Ebit Lew menjadi calon kegemaran pengguna maya untuk dijadikan penerima Tokoh Maal Hijrah 2020


Disebabkan gerak kerja dan semangat seperti itulah nama Ustaz Ebit Lew menjadi bualan netizen alam maya untuk diketengahkan kepada agensi bertanggungjawab supaya dijadikan sebagai calon penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 2020.

Dari pemerhatian yang dilakukan oleh wartawan KitaReporters, pelbagai pihak memuat naik status dan gambar poster sokongan mencalonkan Ustaz Ebit sebagai ikon tepat dalam penamaan anugerah Tokoh keislaman berprestij itu.

Rata-rata pengguna maya bersama-sama meletakkan simbol 'hati' sebagai tanda soladiriti agar nama Ustaz Ebit diberikan laluan.

Menerusi kiriman status yang dimuat naik oleh @Nur Hafizah Hamzah dia menyokong 100 peratus nama Ustaz Ebit dicalonkan dan berharap namanya sampai ke pengetahuan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jika tidak tercalon pun setidaknya-tidaknya netizen berandaian serta berharap Ustaz Ebit atau nama penuhnya Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew dicalonkan sebagai penerima Anugerah Penghargaan Maal Hijrah 2020.


Antara bentuk soladariti yang dimuat naik pengguna maya


Anugerah Maal Hijrah merupakan sebuah pengiktirafan berprestij ke atas orang Islam di atas sumbangan yang dihulurkan di Malaysia atau negeri-negeri di dalamnya.

Antara nama yang telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah pada tahun 2019 adalah Prof Datuk Seri Ir. Dr Zaini Ujang yang merupakan seorang tokoh akademik dan negarawan yang berasal dari Negeri Sembilan.

Manakala Anugerah Tokoh Maal Hijrah 2019 kategori Antarabangsa pula disandang oleh Sheikh Abdullah Al Mahfoudh Bayyah dari Mauritania. - KitaReporters

119
5
2
2
1
You will be interested