SERING melihat arwah ibunya berkongsi rezeki dengan masyarakat setempat mendorong Irdina Hakim Jasman bersama saudara tiri, Ainul Atiya Ahmad Shah Rizal meneruskan aktiviti kebajikan yang pernah dilakukan arwah bonda mereka. Ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi!! ... Itu mungkin peribahasa sesuai yang menggambarkan kisah mulia dua beradik itu. KitaReporters
IRDINA Hakim Jasman (tudung hijau) bersama adiknya Ainul Atiya Ahmad Shah Rizal berkongsi rezeki dengan seorang ibu muda sebagai meneruskan aktiviti kebajikan yang pernah dilakukan oleh pengasas Dnars Skincare sebelum ini. - Kredit foto: IG @_yayatya.
Irdina dan Ainul Atiya Ahmad merupakan anak kepada pengasas Dnars Skincare, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad dan suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim.
Terbaharu, Irdina bersama Atiya ‘turun padang’ mendalami keperitan hidup seorang ibu muda bersama anak kecil berusia lima tahun yang menjadikan ruang bangsal yang sempit sebagai tempat tidur dan makan di Kubang Kerian, Kelantan.
Anak sulung perempuan
kepada Allahyarham Faziani berkata, dia terpanggil memberikan sumbangan sebagai
berkongsi rezeki keuntungan perniagaannya selain meneruskan aktiviti kebajikan
yang pernah dilakukan oleh Allahyarham bonda sebelum ini.
Mulianya kamu… terus
membantu golongan yang kurang berkemampuan!!
SITI Fatimah Supian bersama anak lelaki tunggal di hadapan bangsal usang yang dijadikan tempat mereka berteduh di Kampung Limbat, Kubang Kerian, Kelantan. - Kredit foto: Sinar Harian.
Perkongsian berkenaan
dimuat naik dalam Instagram miliknya, baru-baru ini.
Dalam kunjung
berkenaan, Irdina terharu melihat kesusahan yang dialami Siti Fatimah Supian,
35, tinggal
di sebuah bangsal usang dibina oleh suaminya di
Kampung Sungai Limbat Guntung, Kubang Kerian.
Menurut Fatimah, bangsal berkenaan yang dijadikan tempat berteduh itu dibina oleh suaminya yang dihasilkan daripada kayu terbuang ketika bekerja di kampung tersebut.
Allahyarham Faziani Rohban Ahmad
Wah hebatnya kamu dua beradik dik... bukan
sahaja meneruskan legasi perniagaan tetapi kerja mulia ibumu dulu kini turut
diwarisi.
Semoga aktiviti kebajikan
ini diteruskan dan pahala itu terus ‘mengalir’ kepada ibumu di sana.
Tahun lalu, Pengasas
Dnars Skincare yang berusia 41 tahun
bersama suaminya, terlibat dalam kemalangan di Pattani, Thailand ketika dalam
perjalanan mengagihkan bantuan.
Dalam kejadian berkenaan, suaminya hanya mengalami kecederaan kecil, manakala Faziani pula meninggal dunia di tempat kejadian. - KitaReporters