UPACARA pengkebumian pasangan selebriti Vanessa Angel atau Vanessa Adzania, 27, dan suami, Febri ‘Bibi’ Andriansyah dilanda kontroversi kerana berlangsung tanpa mematuhi protokol kesihatan.
Ratusan orang terdiri daripada saudara mara, para rakan dan peminat hadir bagi menyaksikan proses pengkebumian secara dekat.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Vanessa Angel
Pengunjung majlis pengkebumian selebriti dan suaminya itu bersesak-sesak dan ada yang tidak memakai pelitup muka atau tidak betul cara memakainya.
Populariti Vanessa menyebabkan beberapa program hiburan TV melakukan lintas langsung pengkebumian dan membuat segmen khas akan kematiannya dan suami.
Vanessa Angel dan Febri Andriansyah terkorban dalam kemalangan jalan raya pada Khamis, 4 November 2021 apabila kenderaan jenis Pajero terbabas di Tol Jombang, Jawa Timur di KM 673 lebuh raya menuju Surabaya.
Jenazah kedua-duanya sampai ke rumah mereka di Jakarta Barat kira kira jam 5 pagi dengan van ambulans dan disembahyang di masjid tidak jauh dari kawasan perumahan lalu dibawa ke tanah perkuburan di Jakarta Selatan.
Sebelum ini difahamkan Vanessa merancang untuk merai secara meriah ulang tahunnya yang ke-28 pada 21 Disember 2021.
/
Kanak-kanak ini sudah dibuat Instagram oleh arwah ibu bapanya. Vanessa dalam satu wawancara menyatakan dia mahu mahu anaknya menjadi insan seni, khususnya dalam bidang lakonan seawal mungkin.
Adakah impian Vanessa terhadap anaknya akan menjadi kenyataan. - KitaReporters