Kisah Insan 01 Nov, 2020

Kejadian ribut dan pokok tumbang! 3 keluarga syukur selamat

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this
KEJADIAN ribut dan pokok tumbang adalah fenomena alam ciptaan Tuhan. Tiga keluarga di Klang, Kuala Selangor dan Cheras yang ditimpa musibah apabila sebahagian rumah didiami rosak kerana pokok tumbang dan ada pula yang bumbung rumah diterbangkan angin kencang, bagaimanapun masih mampu bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan serius. : KitaReporters
Beginilah keadaan bumbung rumah Soeb Kadis yang diterbangkan angin kencang semasa ribut melanda di Kampung Rantau Panjang, Klang, Selangor pada 22 Oktober 2020. - Kredit foto: YADIM, LZS dan Yayasan Islam Darul Ehsan.


Lagi cerita-cerita berkaitan ribut:

https://kitareporters.com/search?search=ribut


Kejadian yang berlaku sedikit sebanyak memberi kesan negatif yang menjadikan mereka trauma bila teringatkan peristiwa dialami. Fenomena alam yang berlaku sekarang bukan sahaja di negara kita tetapi juga di negara-negara jiran berhampiran berpunca daripada peralihan monsun.
Bagi Soeb Kadis yang tinggal di Kampung Rantau Panjang, Klang dalam kejadian ribut berlaku sekitar jam 8.30 pagi pada Khamis 22 Oktober 2020 sebahagian bumbung rumahnya diterbangkan angin kuat.

Sekalipun sebahagian rumahnya rosak dalam kejadian itu yang berlaku dengan pantas dan sekelip mata, tetapi bagi beliau yang merupakan antara beberapa mangsa terlibat tetap bersyukur ke hadrat Illahi kerana terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Sekalipun terpaksa menanggung beban kerana terpaksa membaiki bahagian-bahagian rumah yang rosak, dia sendiri tidak mengalami apa-apa kemalangan dalam kejadian itu.
Dalam kejadian ribut tersebut, sebahagian bumbung kediamannya rosak terutama pada bahagian ruang tamu setelah diterbangkan angin kencang.
Berat matang memandang, berat lagi bahu memikul. Inilah antara keadaan yang terpaksa dilalui beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Wak Soeb berpunca daripada ribut kencang pada hari itu.

Pasukan sukarela Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bahagian Kapar yang diketuai pengerusinya, Alifah Nasir bersama  ahli jawatankuasanya melakukan ziarah kasih ke rumah beliau sebaik memperolehi maklumat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Dr Daroyah Alwi bersama Ketua Kampung Adimaz Abdul Rahman pada sesi ziarah kasih turut menyampaikan bantuan kecemasan berupa sumbangan wang tunai kepada Wak Soeb sebagai langkah meringankan beban beliau membaiki rumah yang rosak akibat ribut kencang itu. 


Soeb Kadis (berbaju-T biru) bersama beberapa orang Ahli Jawatankuasa YADIM Bahagian Kapar semasa ziarah kasih melihat keadaan mangsa ribut di Kampung Rantau Panjang, Klang. 

Rumah Zurnaidah Abdul Manan antara yang terlibat semasa ribut melanda disekitar Jeram, Kuala Selangor. Sebahagian bumbung rumahnya diterbangkan angin.
Sementara itu, dalam kejadian ribut disertai hujan lebat yang berlaku di sekitar kawasan Jeram di Kuala Selangor pada awal pagi hari yang sama, Khamis 22 Oktober 2020, telah mengakibatkan sebahagian atap sebuah rumah milik seorang ibu tunggal, Zurnaidah Abdul Manan, 56, diterbangkan angin kencang.
Dalam kejadian yang berlaku terlalu pantas itu, beliau merupakan asnaf fakir di bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS) terkejut dan panik, bagaimanapun tiada sebarang kecederaan berlaku sama ada pada dirinya mahupun ahli keluarga.

Katanya, sekalipun terkejut dan tergamam pada ketika kejadian berlaku, namun tetap bersyukur kerana masih terselamat daripada ditimpa bahagian bumbung yang runtuh dan diterbangkan angin kencang.

LZS pada ziarah kasih yang turut disertai Penghulu Mukim Jeram, Mohd Rizan Harun dan Ketua Kampung Jeram, Johariah Yusof menyampaikan sumbangan bantuan kecemasan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh Zurnaidah akibat kejadian itu di samping meluluskan bantuan baik pulih untk rumah yang rosak.
Untuk itu, LZS mendoakan beliau dan keluarga terus tabah menghadapi ujian yang menimpa.


Zurnaidah Abdul Manan menerima sumbangan bantuan kecemasan daripada salah seorang wakil LZS pada ziarah kasih yang turut disertai Mohd Rizan Harun dan Johariah Yusof.


Saadiah Mohd Yusof (kiri) menerima sumbangan wang tunai dan kit bantuan daripada wakil pengurusan tertinggi YIDE.


Dalam pada itu, seorang ibu tunggal di Kariah Masjid Ubudiah, Kampung Sungai Raya, Batu 9 Cheras, Selangor menghadapi detik cemas bila sebatang pokok tumbang menghempap rumahnya berikutan pergerakan tanah di lereng bukit yang terletak berhampiran.

Dalam kejadian yang berlaku dengan begitu pantas, bagaimanapun tidak mencederakan ahli keluarga Saadiah Mohd Yusof.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dengan bantuan jentera daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah melakukan kerja-kerja mengalihkan pokok berkenaan. 

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) yang mengadakan ziarah kasih menyumbang wang tunai dan kit bantuan melalui Tabung Dana Musibah YIDE kepada Saadiah oleh wakil pengurusan tertingginya. - KitaReporters

Jentera daripada Majlis Perbandaran Kajang membersih dan mengalihkan pokok tumbang yang menghempap rumah Saadiah Mohd Yusof di Kampung Sungai Raya, Batu 9 Cheras, Selangor yang berpunca pergerakan tanah di lereng bukit berhampiran.

0
0
0
0
0
You will be interested

Terbaiklah IKBN Pekan! 30 pelajar sertai gotong-royong di Lepar, Pekan! Usaha khidmat masyarakat

Seramai 30 pelajar IKBN Pekan sertai Gotong-royong Perdana di Batu Lapan Lepar, Pekan. Kesemua mereka adalah peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM)

Video| Lahir dengan 11 jari, tanpa alat kelamin! Sering diejek, dihina! Ibu bapa reda ketentuan!

Pasangan Haryanto dan isterinya, Dewi Yulianti dari Sungai Landak, Cilincing dikurniakan seorang anak istimewa yang dilahirkan tanpa organ kelamin dan 11 jari
Adnan Mohamad in Kisah Insan 1 day ago

Video| Sempena hari lahir arwah Zulfarhan! Ebit Lew taja kedua-dua orang tua arwah pergi umrah!

Kisah pilu Zulfarhan Osman Zulkarnain dapat perhatian Ustaz Ebit Lew yang luangkan masa ziarahi kedua-dua ibu bapa arwah dan berikan hadiah tiket, pakej umrah
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 2 days ago

Ingin pulang ziarah arwah ibu! Tapi terlibat kemalangan maut! Jenazah disatukan dalam lahad sama!

Hasrat anak untuk pulang menziarahi kematian ibunya tak kesampaian apabila dia terkorban dalam kemalangan dan dikebumikan dalam satu liang lahad bersama ibunya
Adnan Mohamad in Kisah Insan 2 days ago

Kay terokai lombong emas! Kini bekal mesin dobi layan diri! Bukti ibu tunggal boleh juga hebat!

Datuk Kay bukan status ibu tunggal tidak halang dia berjaya selepas membabitkan diri dalam perusahaan melombong emas mentah di Kuala Lipis, Pahang.
Mohammad Ishak in Kisah Insan 4 days ago