GARA-GARA tidak mahu mengizinkan suaminya dibawa ke hospital selepas disahkan positif COVID-19, seorang wanita dari Rusun Bandarejo, Surabaya di Indonesia tergamak bertindak luar kawalan dengan melempar dan melumurkan najis kepada petugas kesihatan. Aduhai, beginikah frontlines diberi layanan??? : KitaReporter
SEORANG isteri tergamak melemparkan najis ke arah petugas kesihatan selepas berkeras tidak membenarkan suaminya dibawa ke hospital selepas disahkan positif COVID-19. - Kredit foto: HUMAS PEMKOT SURABAYA PETU
Lagi cerita-cerita berkaitan Indonesia:
https://kitareporters.com/search?search=indonesia
Memetik laporan kompas.com, wanita berkenaan didatangi tiga petugas kesihatan ke rumah mereka bagi melakukan pengesanan kontak rapat selepas dimaklumkan ada kes positif COVID-19 di kawasan berkenaan dan melibatkan suaminya.
Bagaimanapun wanita berkenaan bersama anak-anaknya tidak memberikan kerjasama dengan petugas kesihatan. Malah berkeras untuk tidak mengizinkan petugas kesihatan membawa suaminya ke hospital untuk rawatan walaupun disahkan positif.
KAWALAN petugas kesihatan terpaksa membuat sanitasi di kawasan awam selepas kes positif meningkat setiap hari. - Kredit foto: REUTERS
Alahai orang nak
tolong suami awak supaya sihat… bukan bawa lari suami tu!
Terdahulu suaminya telah menjalani ujian swab sebelum disahkan positif. Namun suasana bertukar menjadi kecoh selepas wanita berkeras dengan keputusannya.
Orang nak
tolong.. kau kurang ajar pulak!
KEMATIAN melibatkan kes COVID-19 di Indonesia sentiasa meningkat setiap hari menyebakan kawasan perkuburan menjadi sesak setiap hari. - Kredit foto: AP
Lebih mengejutkan
wanita berkenaan sanggup melemparkan najis ke arah petugas kesihatan yang
memakai pakaian khas PPE.
Susulan kejadian itu, polis Surabaya terpaksa membuka kertas siasatan dan menahan wanita berkenaan selepas didakwa menggangu tugas kakitangan kesihatan menjalankan tanggungjawab. Malah pasukan polis telah mengambil keterangan saksi termasuk petugas kesihatan dan juga pengadu.
Kan dah kena…petugas
kesihatan tu datang buat kerja bukan saja-saja? : KitaReporters