Insan & Komuniti 19 Jun, 2020

Terbaik bro! Remaja OKU berbakti masa PKP kepada masyarakat!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

PEMUDA ini pernah memohon maaf dalam akaun Facebooknya kerana menolak sumbangan dan hadiah dalam apa jua bentuk yang diberikan walaupun ikhlas kerana tidak mahu dilihat status orang kelainan upaya (OKU) ini sebagai peminta bantuan atau sedekah. Siapa dia?? : KitaReporters

Muhammad Azamirudin Ismail, 26, atau lebih mesra dikenali dengan panggilan 'Amir' (tengah) bersama remaja lain ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.


“Saya mohon maaf dan amat hargai keprihatinan masyarakat tetapi berilah juga saya peluang untuk membantu masyarakat dan mereka yang memerlukan," ujar Muhammad Azamirudin Ismail, 26, atau lebih mesra dikenali dengan panggilan 'Amir' dalam kalangan komuniti setempat Bandar Puteri Jaya di Sungai Petani Kedah.

Biarpun berstatus OKU, namun tidak mudah baginya memadam kemaraan serta iltizam semangat dirinya untuk terus berdikari dalam kehidupan harian termasuk menjalankan aktiviti membantu masyarakat di kawasannya terutama bermulanya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga kini.

 

Amir menyampaikan sumbangan kepada penduduk.


Amir amat tegas orangnya dan sentiasa aktif dalam menjalankan kerja kebajikan di daerah Sungai Petani dengan kerjasama dari beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan juga rakan-rakan yang dikenalinya.

Dia juga tidak mahu kecacatan fizikal dilihat sebagai mereka yang perlu diberi perhatian dan sentiasa mendapat sumbangan atau bantuan.

Pemuda ini menjalankan perniagaan di pasar pagi atau malam dengan menggunakan kerusi roda sebagai kenderaan utamanya.

Amir mengagihkan barangan keperluan harian kepada penduduk sekitar.


Menceritakan berkenaan aktiviti yang dilakukan sepanjang tempoh PKP, beliau menjalankan perniagaan secara dalam talian atau online iaitu dengan menjual berbagai jenis buah-buahan tempatan, import, buah kurma, daun palas dan lain-lain lagi bagi mendapatkan pendapatan hariannya.

Aktiviti ceramah dan perkongsian untuk menjana pendapatan bersama rakan-rakan OKU dan belia  sekitar Sungai Petanijuga menjadi program utama remaja ini.

Tidak dengan itu sahaja, lebih mengejutkan pemuda OKU ini melakukan aktiviti kebajikan dan kerja amal untuk komuniti setempat yang terjejas akibat wabak COVID-19 melalui hasil jualannya.

Amir bersama rakan-rakan Kumpulan Kapok Buskers mengadakan latihan bila kelapangan.


Bukan mudah untuk melakukan kerja-kerja amal sebegini, namun dengan pertolongan rakan-rakan yang dikenali alhamdulillah tercapai juga hasratnya untuk membantu golongan yang memerlukan.

Amir akan meneruskan misi untuk menjalankan perniagaan di pasar pagi dan malam ini sehingga tercapai hasratnya untuk memiliki sebuah kedai milik sendiri.

“Saya akan meneruskan aktiviti ini pada masa akan datang dan menjadikannya contoh kepada golongan OKU lain agar mereka dapat berdikari dalam apa jua situasi,’ sambungnya lagi.

Mereka yang ingin mengenali Amir dan mengetahui lebih lanjut mengenai pemuda ini boleh melayari akaun Faacebooknya Amir Azam. - KitaReporters

Exco Kerajaan Negeri Kedah Halimaton Shaadiah Saad menyampaikan cenderamata penyertaan kepada Amir.

5
3
0
0
0
You will be interested