Insan & Komuniti 24 Jun, 2020

Azhan Rani tergamam disapa 'ustaz'! Rupanya Nash Lefthanded!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
SEMALAM Selasa 23 Jun 2020, pelakon berkarektor Azhan Abdul Rani, 44, ketika sedang bersarapan di sebuah restoran di Shah Alam, Selangor didatangi seorang lelaki yang menguntumkan senyuman beberapa meter daripada mejanya. Kenapa lak, lelaki itu senyum kepada Azhan?? : KitaReporters


Azhan membalas senyuman itu dan apabila sosok lelaki itu sampai ke mejanya  dia menghulurkan salam dan memanggil dirinya ‘ustaz’.

Dia tergamam apabila dipanggil ‘ustaz’ lalu memandang lelaki itu.

Dia tidak percaya apabila lelaki itu adalah bintang rock legenda negara, Datuk Nash Lefthanded, 60, atau nama sebenarnya Jamaludin Elias.

Nash berbaju kuning ketika reunion Lefthanded.


Kumpulan Lefthanded dan Datuk Nash adalah antara kumpulan dan penyanyi rock yang diminatinya sekitar tahun 1980-an.

Azhan menganggap Nash sebagai penyanyi berhemah tinggi dan rendah diri.

Dalam perbualan singkat, Datuk Nash sempat memberitahu bahawa kumpulan Lefthanded merancang mengadakan tour di seluruh negara tidak lama lagi.

Menurut Azhan dalam postingan dalam Instagramnya @azhan_rani, dia bakal menjadi penonton konsert Lefthanded jika ia berlangsung.

Antara lagu popular dendangan Nash bersama Lefhanded adalah, ‘Ku Di Halaman Rindu’, ‘Tiada Lagi Kidungmu’, dan ‘Ku Kehilangan Cinta Tiada Dimensi’. 

Nash bersama Lefthanded dari 1976 hingga 1990 dan menghasilkan empat album.

Nash kemudian bergerak solo dengan lagu hitnya ‘Pada Syurga Di Wajahmu’ ciptaan Fauzi Marzuki dan Bob Lokman pada 1992. 

Lagu itu menjuarai Anugerah Juara Lagu TV3 1992. 

Pada 1998, Lefthanded bergabung kembali dan sempat menghasil dua album.

Sementara itu bagi Azhan, melakonkan watak Ustaz Syed Hamadi dalam drama bersiri Nur 1 dan Nur 2 memberi implikasi besar dalam kalangan masyarakat.

Nur 1 diterbit pada 2018, dan Nur 2 diterbit pada tahun 2019. 

Drama bersiri arahan Shahrulezad Mohameddin itu kini ditayang kembali oleh TV3.

Gelaran ‘ustaz’ kepada Azhan bukan hanya diberi oleh Nash Lefthanded tetapi masyarakat awam secara umumnya ekoran populariti drama bersiri tersebut.

Azhan Rani sebagai Ustaz Syed Hamadi dalam drama bersiri Nur 1 dan 2.


Tidak salah apabila Azhan diberi gelaran ‘ustaz’. 

Ini memperlihatkan berkesannya drama bersiri itu.Tetapi diharap janganlah Azhan membawa watak Ustaz Syed Hamadi di alam nyata. - KitaReporters


Berikut adalah posting lengkap Azhan dalam Instagranmya.

"lepas breakfast kat sebuah restoren di shah alam susuk tubuh dalam gambar ni sedang perhatikan aku. dia senyum je. aku senyum balik pastu dia sebut nama aku. terus speechless. 

"baru aku perasan ini bukan sebarang orang. dia legend kot #datuknashlefthanded . dia panggil aku #ustaz . dia follow drama #nur katanya. 

"Allahuakbar berbunga2 rasanya legenda rock antara gergasi rock band zaman rockers dulu. zaman aku la. dari zaman kaset, jeans ketat, rambut panjang mengurai, zaman poster urtv penuh dengan gambar2 rockers. 

"datuk nash lefthanded memang antara penyanyi rock paling aku kagum. suara rock yang takde klon langsung pada aku di tanah air ini. humble gila dia tadi. 

"sikit nak share dia bagitau lefthanded ada special projek nak tour malaysia tak lama lagi. kita tunggu update dia. sure ramai lagi brader rockers yang akan turun untuk lefthanded.

"lepas jumpa dia tadi aku terus ride ke set sambil feeling2 rock nyanyi balik lagu2 evergreen lefthanded. 

"terima kasih kerana menyantuni saya tadi datuk nash. tak tau ig datuk. semoga terus sihat dan saya dapat menonton konsert datuk nanti."

5
0
0
0
0
You will be interested