Insan & Komuniti 05 Dec, 2019

MASIHKAH ADA SINAR DI SYRIA? BANTU MYCARE!

@hashnan abdullah
Bekas wartawan Utusan Malaysia. Selain menulis berita dan rencana, turut ditugas menyiapkan rakaman video berdurasi 5 minit berkenaan tugasan tertentu.

Share this

KUNJUNGAN Humanitarian Care Malaysia (MyCare) ke Syria, baru-baru ini tidak sekadar untuk menyampaikan bantuan awal kemanusiaan tetapi juga berpeluang menyaksikan sendiri kesengsaraan penduduknya. : KitaReporters.com

Keadaan yang serba kekurangan di Dar'l Ri'ayah As-sihyah (hospital) di daerah Al-Bab, Syria


Antaranya, ketika berkunjung ke kem Al-Khalawi, yang terletak di Jarabulus. Kem pelarian itu dihuni oleh 96 buah keluarga yang melarikan diri daripada Hama ketika kawasan itu diserang oleh tentera Bashar Al-Assad.

Mereka terpaksa berkongsi satu tangki bekalan air bersih yang hanya mampu bertahan selama seminggu untuk menjalani kehidupan harian. 

Tambahan lagi, kata Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCare, Dr. Fauziah Mohd Hasan ketika mengetuai misi bantuan itu, mereka terpaksa menghuni tempat perlindungan sangat daif, tidur di atas tanah dan ada juga yang beralaskan plastik. 

"Sudah pasti dalam suasana sedemikian juga, golongan kanak-kanak dan wanita paling berisiko terdedah dipergunakan untuk perdagangan seks dan keganasan fizikal.

"Apa tidaknya, kebanyakan daripada mereka terpaksa berjuang untuk kelangsungan hidup seharian selepas kehilangan ayah atau suami dalam konflik terburuk selepas Perang Dunia Kedua itu," katanya.

ANTARA suasana daif di kem pelarian Al-Khalawi di Daerah Jarablus, Syria. 


Ini sejajar dengan pengalaman Fauziah yang berkesempatan menemui seorang mangsa yang dikenali Zahrah, 65, dari Deir ez-Zor ketika melawat Bandar Afrin.

Wanita Syria yang cacat penglihatan dan kini lumpuh seluruh badan akibat peperangan itu telah kehilangan suaminya dalam peperangan di Deir ez-Zor kira-kira lima tahun.

Selepas kejadian itu, dia terpaksa membesarkan seramai 12 orang anak dan enam daripadanya, menghidap penyakit Palsi Serebrum (CP).

"Kini tanggungjawab itu telah diambil alih oleh anak lelakinya yang dikenali sebagai Ali, 35, dan Zahrah adalah antara 100 orang penerima manfaat pek bantuan bekalan makanan sumbangan rakyat Malaysia melalui kempen Winter Relief 2019 MyCare," katanya. 

Dalam pada itu, Fauziah berkata, pihak MyCare mengambil inisiatif membinapusat komuniti wanita yang terletak di bandar Idlib.

Seorang wanita memikul pek bantuanmakanan asas yang disalurkan oleh MyCare di kem pelarian Al-Khalawi, Jarablus.


“Objektifpenubuhan pusat komuniti ini pada asalnya bagi memberi peluang kepada wanitayang kehilangan suami akibat konflik peperangan di negara bergolak supayakemahiran mereka dibangunkan untuk kelangsungan hidup.

“Wanita mahupun ibu tunggal akan dibekalkan dengankemahiran vokasional seperti kelas kraf tangan, menjahit dan memasak bagi meraih pendapatan sendiri,” katanya.

Penumpuan itu, kata Fauziah, adalah sejajar dengan perangkaan yang menunjukkan bahawa 75 peratus daripada2,999,091 pelarian Syria adalah wanita dan kanak-kanak.

“Jumlah mereka yang sangat ramai membuatkan kamitidak mampu untuk memberi bantuan wang berterusan kepada mereka. Justeru, kamimengambil inisiatif membangunkan pusat ini,” katanya. - KitaReporters.com


Fakta krisis di Syria:

  • Konflik perang saudara di Syria menyebabkan lebih 12.2 juta rakyat Syria terjejas.
  • Sepanjang tahun 2018, lebih 20,000 orang dilaporkan terkorban di Syria. 
  • Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria menyatakan konflik sembilan tahun di Syria telah menyebabkan lebih 400,000 orang terbunuh.
  • Daripada jumlah itu, hampir lima juta berada di dalam kawasan kritikal yang sukar diakses, antaranya, Aleppo, Deir ez-Zor dan Idlib.
  • Sehingga kini, dianggarkan 400,000 penduduk tinggal dalam daerah yang terkepung dengan pertempuran sengit antara tentera kerajaan dengan kumpulan bersenjata.

Pihak MyCare mengalu-alukan sumbangan orang ramai yang prihatin kepada masyarakat negara bergolak menerusi Humanitarian Care Malaysia Berhad melalui dalam talian https://www.billplz.com/mycarewinterrelief.

0
1
1
0
0
You will be interested