Insan & Komuniti 25 Feb, 2020

[VIDEO] OH IBU!! BIADAB SUNGGUH MU IBU!!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this
APA nak jadi dengan ibu bapa zaman sekarang!! Guru-guru beri hukuman kepada anak-anak sebagai pengajaran bukan untuk suka-suka. Walaupun tindakan yang dikenakan kepada anak-anak anda mungkin dilihat melampau, tetapi ada caranya untuk membuat laporan agar tindakan dapat diambil terhadap guru tersebut, bukannya dengan cara membalas balik. : KitaReporters.com



Tular hari ini video seorang guru sekolah agama atau ustazah disuruh merangkak di dalam kelas sambil diikuti beberapa orang murid atas arahan ibu bapa.

Berdasarkan video ini, dipercayai ibu kepada pelajar itu menyuruh ustazah tersebut merangkak mengelilingi kelas sambil disaksikan anak murid sebagai hukuman mendenda anaknya.

Menurut ibu tersebut, anaknya trauma dan tidak mahu hadir ke sekolah gara-gara didenda oleh ustazah tersebut. 

Bukan itu sahaja, ibunya juga mendakwa anaknya itu cedera dan tidak dapat mengambil wuduk kerana kesakitan.

Rata-rata netizen marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan ibu tersebut.



Sehingga kini, video berkenaan dikongsi 7,900 orang dan 2,200 komen dengan rata-ratanya warganet memberi emoji marah serta sedih. 

Mungkin ustazah yang terbabit boleh menghubungi peguam Nurhidayaty Maidin bagi diambil tindakan undang-undang terhadap ibu berkenaan.

Warganet juga menanti apa reaksi "orang-orang atasan" Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) bagi membela kehormatan ustazah ini??

Bahawasanya, orang Islam diajar bahawa kedudukan pendidik atau guru-guru amat tinggi, malah kita diminta selalu mendoakan kebaikan dan kesejahteraan guru-guru kita.

Semoga guru yang dimalukan itu mendapatkan keadilan untuk dirinya kelak.  - KitaReporters.com


3
2
0
1
0
You will be interested