MENJADI pasangan kembar semestinya melakukan apa jua aktiviti serentak.
Keadaan sama berlaku kepada pasangan kembar dari Minnesota, Amerika Syarikat (AS) kerana sejak kecil aktiviti mereka beriringan bersama-sama namun apabila memiliki keluarga sendiri, rutin itu masih diteruskan.
Malah, melahirkan anak juga 'ditakdir' beriringan bersama jua!
Adakah ini dipanggil surat takdir atau secara kebetulan?
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan pasangan kembar
Bagi Rachel Saunders dan Kim Saunders mereka tidak menyangka proses kelahiran mereka juga bersama-sama.
Kongsi pasangan kembar tersebut, pada awal kehamilan mereka tidak menyangka proses kelahiran sulung mereka itu bersama kerana tarikh perkahwinan mereka tidak dilangsung serentak.
Namun selepas mengetahui masing-masing mengandung mereka merancang untuk mendaftar klinik yang sama untuk bersalin.
Berkongsi pengalaman bersalin, pasangan kembar itu berkata, mereka merancang untuk menghabiskan masa bersama di hospital sebelum bersalin.
Malah mereka sempat membawa kad permainan ke wad bersalin untuk menghabiskan masa bersama namun tidak berpeluang kerana mengalami kontraksi sebelum bersalin.
Pasangan kembar seiras itu bersyukur kerana melalui pengalaman indah itu bersama-sama walaupun anak mereka dilahirkan berlainan hari. Namun beza antara mereka sekadar dua jam sahaja.
William ‘Trip’ Saunders Soule dilahirkan pada 8 Julai 2021 lalu sekitar pukul 11.27 malam, manakala sepupunya, Crew Philip Crawford menyusul pada 9 Julai 2021 sekitar pukul 2.28 pagi.
Selepas dua bulan kelahiran bayi tersebut, ibu muda itu telah memperkenalkan bayi masing-masing kepada 282,000 pengikut mereka di TikTok. Kini kedua-dua sibuk melayan kerenah si kecil comel bersama -sama.
Malah berhasrat untuk menjadikan anak mereka seperti 'kembar' yang pernah dilalui bersama sebelum ini.
Semoga William dan Crew membesar bersama dan menjadi anak yang bijak dan sihat! - KitaReporters