Peristiwa ini sempat dirakam dalam video dan tular dalam media sosial. Kejadian ini berlaku di Hospital (Rumah Sakit Umum) Daerah (RSUD) Pasar Minggu, Jakarta Selatan pada Jumaat, 18 Jun 2021.
Lagi cerita-cerita berkaitan katil hospital
Pesakit ini mengamuk bukan kerana ingin lari dari hospital. Sebaliknya kerana hilang sabar kerana sudah agak lama menunggu tetapi masih tidak mendapat bilik hospital.
Keadaan itu berlaku kerana hospital itu difahamkan telah dipenuhi pesakit, maka tiada bilik kosong bagi menempatkan pesakit tersebut.
Pengarah RSUD Pasar Minggu, Yudi Amiarno, mengesahkan kejadian tersebut.
Juga dilaporkan, dua pengawal keselamatan tersebut telah terjangkit virus Covid-19 yang dibawa oleh lelaki berkenaan.
Pihak hospital kemudian membuat laporan polis. Ia disahkan oleh Ketua Polis Balai Pasar Minggu, Kompol Bambang Handoko.
Rata-rata warganet kesal dengan sikap lelaki itu dan berharap insiden sedemikian tidak berlaku lagi.