Insan & Komuniti 26 Oct, 2020

Pasal hutang beli online game je! Budak bunuh rakan sendiri!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

ANGKARA sakit hati dan marah kepada rakannya yang tidak membayar hutang untuk membeli ‘online game’ (permainan online atau dalam talian), seorang budak berusia 16 tahun tergamak membunuh rakannya itu. Mangsa dikenali sebagai Muhammad Alfian Rizky Pratama, 12. : KitaReporters



Di sinilah suspek membunuh mangsa dengan menendang dan menginjak-injak kepala mangsa hingga lemas. - Kredit foto: inews.jatim.id


Mangsa merupakan pelajar di Madrasah Ibtidaiyah Negeri (MIN) 1, Jombang ditemui mati lemas di Sungai Kedung Cinet.  

Kejadian yang berlaku di daerah Jombang, Jawa Timur, Indonesia itu menggemparkan masyarakat di sana apatah lagi pelakunya merupakan kanak-kanak juga berusia belasan tahun yang masih belajar.

Pada mulanya kes dianggap mati lemas, namun setelah dibedah siasat, kanak-kanak malang itu didapati dibunuh oleh temannya sendiri.

Menurut media di sana, motif pembunuhan berpunca daripada permainan dalam talian antara mangsa dan suspek.

Pada petang Rabu, 21 Oktober 2020 lalu, dua rakannya yang dikenali sebagai AR, 16 dan AA, 17, tiba-tiba memberitahu ibu bapanya bahawa mangsa telah jatuh dan lemas di sungai tersebut.


Kubur mangsa terpaksa digali semula untuk proses bedah siasat. - Kredit foto: m.clicks.id


Namun, polis mengesyaki laporan yang dibuat oleh kanak-kanak itu mencurigakan dan terus melakukan siasatan terperinci. Malah, kubur kanak-kanak tersebut terpaksa digali semula untuk proses bedah siasat. Setelah bedah siasat dilakukan, terdapat kesan lebam di kepala mangsa menunjukkan dia telah dibunuh. 

Oleh kerana mangsa tidak pandai berenang, lalu dia lemas dan membawa kepada kematian. Setelah disoal siasat, akhirnya suspek iaitu AR menceritakan kejadian sebenar.

Menurut suspek, perbuatannya itu didorong oleh rasa sakit hati kerana mangsa tidak menunaikan janji seperti yang diharapkan.

Dia (suspek) telah meminta bantuan daripada mangsa untuk membeli atau melanggan permainan dalam talian. Justeru, dia memberi kepada mangsa jumlah wang sebanyak 200,000 rupiah atau sekurang-kurangnya RM57.00 sebagai bayaran kepada permainan tersebut.


Pihak berkuasa dan forensik menjalankan tugas bagi mengenal pasti punca kematian Muhammad Alfian. - Kredit foto: detik.news.com


Namun, apa yang diharapkan olehnya tidak menjadi kenyataan apabila permainan dalam talian yang dilanggannya itu tidak diberikan oleh mangsa sedangkan dia sudah membayarnya. Disebabkan hal itulah membuatkan suspek tidak puas hati dan marah kerana rasa ditipu. 

Selain itu, menurut saksi bernama AA yang turut berada di lokasi ketika kejadian berlaku, suspek dilihat menendang mangsa ke sungai dan menginjak-injak kepala mangsa sehingga lemas.

Semoga apa yang berlaku ini, menjadi pengajaran buat ibu bapa. 

Pantaulah aktiviti anak-anak anda agar kejadian seperti ini tidak berlaku. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. - KitaReporters

0
0
4
0
0
You will be interested