Insan & Komuniti 28 Jun, 2022

Syamsul Yusof yang multi-talented! Karya terus dapat sambutan hebat! Tak perlu gimik, raih simpati!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Sejak filem Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia termasuk Singapura dan Brunie, nama Syamsul Yusof atau nama sebenar Mohd Syamsul Mohd Yusof terus mendapat perhatian dek kerana filem arahannya dengan kerjasama Studio Kembara Sdn Bhd telah mencecah kutipan jutaan ringgit dalam masa beberapa hari ditayangkan.  

Baru 4 hari tayangan di pawagam, mereka sudah raih lebih RM12 juta. Sesuatu yang luar biasa untuk filem ini. 

Di sebalik kecemerlangan filem ini, sudah tentu, Syamsul Yusof antara watak penting bagi memastikan filem ini mendapat sambutan dari pelbagai generasi. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pengarah, pelakon, penyanyi Syamsul Yusof


Semenjak Syamsul terlibat dalam bidang pengarahan filem sama ada sebagai pelakon, penulis skrip atau penerbit boleh dikatakan setiap filem itu pasti pecah panggung dari segi kutipan.

Ini membuktikan bahawa bakat yang ada pada dirinya berjaya dimanfaatkan sepenuhnya demi memberi kepuasan kepada para penonton.

Ramai orang boleh mengarah tetapi untuk menarik audien datang ke pawagam bukan sesuatu yang mudah kerana ia perlu satu daya tarikan dari pelbagai sudut dan ini yang ada pada Syamsul. 




Di Malaysia, filem yang meraih kutipan tertinggi setakat ini adalah filem arahannya sendiri yakni Munafik 2 pada 2019 dengan kutipan keseluruhan RM48 juta. Jika momentum kutipan filem Mat Kilau ketika ini diteruskan, pasti sekurang-kurangnya dapat hampir dengan atau lebih tinggi dari filem Munafik 2. 

Syamsul tidak perlu gimik untuk filemnya kerana beliau yakin bahawa orang akan menilai karyanya dan jika filem itu berjaya dihasilkan dengan cemerlang, tiada sebab kenapa orang ramai untuk berpusu-pusu ke pawagam menyokong filem tempatan. 

Apa yang penting, sebagai pengarah atau mereka yang terlibat dalam hasilkan filem ini perlu mencari sesuatu  kelainan dan bukan hanya mengikut trend saja dalam menghasilkan filem.

Selain filem Munafik 2, terdapat beberapa buah filem lain yang berjaya raih kutipan tinggi seperti Munafik 1 dengan kutipan lebih RM17 juta, KL Gangster sebanyak RM11 juta dan Khurafat: Perjanjian Syaitan, lebih RM8 juta. 

Senang kata, jika filem itu diarah oleh Syamsul Yusof, paling kurang filem itu mesti dapat capai kutipan RM1 juta.



Tidak lengkap karya seseorang pengarah itu jika tidak pernah menang apa-apa anugerah.

Begitu juga bagi figura bernama Syamsul Yusof ini apabila telah kecapi beberapa anugerah seperti Festival Filem Malaysia, Anugerah Skrin pada 2010, Anugerah Blokbuster dan Festival Filem Asia Pasifik ke-57. 

Anugerah ini sebenarnya mampu menyuntik semangat kepada pengkarya untuk menghasilkan filem lebih berkualiti dan mampu memberi kesan kepada audien. 

Moga karya-karyanya di Malaysia akan terus mendapat sambutan dengan menghasilkan pelbagai filem lagi yang boleh pecah panggung. 

Bukan setakat boleh mengarah, berlakon, menulis skrip dan penerbit malah beliau juga boleh menyanyi dan telah menghasilkan beberapa buah lagu nyanyian beliau sendiri bersama rakan-rakan artis lain. - KitaReporters


11
10
0
10
0
You will be interested