Insan & Komuniti 05 Mar, 2021

Tak laku jual kondo mewah RM6 juta di Pavilion! Aliff Syukri mahu sewakan untuk RM28k sebulan

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


SEBUT sahaja nama Datuk Seri Aliff Syukri siapa tidak kenal, satu Malaysia pasti mengenali jutawan kosmetik terkenal di negara ini. Bermula dengan berniaga secara kecil-kecilan di tapak pasar malam sehingga kini bergelar jutawan beliau melalui pelbagai jalan duka sebelum berjaya memiliki apa yang dicapai hari ini.

Terbaharu beliau menyatakan hasrat untuk menyewakan kediaman jenis kondominium mewah miliknya yang terletak menara pusat beli-belah Pavilion, Bukit Bintang.

Kediaman mewah yang mempunyai keluasan 3,000 kaki persegi dan dilengkapi empat bilik dan tiga bilik air itu hanya dikunjungi beliau sekeluarga di hujung minggu sebagai rumah persinggahan.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Aliff Syukri:

https://kitareporters.com/search?search=aliff+syukri



Katanya rumah berkenaan sangat sesuai kepada mereka yang suka beli-belah kerana kedudukan yang strategik memandangkan lokasi kediaman berkenaan terletak di atas pusat beli-belah berkenan.

“Rumah ni betul-betul bawah Pavilion jadi kalau nak shopping beli beg Gucci, LV ke Prada ke turun jer bawah lift dah sampai… memang senang dan yang paling best pasal rumah ini adalah dia tidak pernah sunyi 24 jam nak makan boleh terus makan dekat food court Pavilion nak tengok wayang turun bawah saja rumah ni ada empat bilik .. 3bilik air,” kongsinya.


KEDUDUKAN yang strategik dan mewah di dalam pusat beli-belah terkenal di negara ini. - Kredit foto: Iproperty.com


Menariknya lagi, anak ketiga kepada pengasas jamu Ratu Malaya dan Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim itu sangat bermurah hati apabila bersedia untuk mengurangkan kadar sewa kediaman mewahnya.

“Sepatutnya sewa untuk sebulan adalah RM28,000, namun disebabkan musim pandemik ini, beliau sudi memberikan diskaun sebanyak 40% hingga 50% daripada harga asal,” ujarnya lagi.

Mak oiiii…sewa dia!

Tapi berbaloilah kan… rumah pun cantik dan besar lagipun perabot penuh satu rumah bukannya yang biasa-biasa, tapi yang eksklusif  semuanya.

Lagipun lokasi kediaman mewah tu pun di di kawasan elit.



Terdahulu beliau berniat menjual rumah berkenaan dengan harga RM6 juta, namun sayangnya, iklan yang dibuat itu nampaknya tiada yang berminat maklumlah sekarang ini musim Covid-19 menyebabkan orang ramai kini mengambil langkah berhati-hati dalam menguruskan kewangan.

Beliau kemudian mengubah fikiran bagi menyewakan kediaman mewah berkenaan.

Kediaman berkenaan di beli dua tahun lalu menggunakan wang KWSP yang disimpan hasil perniagaan selama lima tahun.

“Di sebabkan pembeli x ada… sy rasa saya nak sewa sahaja rumah ni pada harga murah2 Kepada anda yang nak sewa bulanan saya bagi diskaun harga sebenar sebulan hanya RM28k.. sbb musim covid saya bagi 45-50persen diskaun.


PERKONGSIAN lama ketika membeli kediaman mewah yang terletak di menara pusat beli-belah mewah di tengah Kuala Lumpur.


“Kepada sesiapa yang berminat boleh WhatsApp pada no telefon yang tertera di bawah atau korang boleh sewa seminggu pon boleh tak ada masalah. Cepat WhatsApp pada No tel 018-4027921 atau 019 314 6133. Kesian saya tunggu pembeli pembeli tak kunjung tiba,” kongsinya menerusi Instagramnya baru-baru ini.

Beliau mengakui bahawa ketika ini amat sukar untuk mencari pembeli ataupun penyewa. Dia juga memaklumkan jika ingin menyewa mana-mana lagi rumah selain di situ, boleh berhubung dengan nombor telefon disertakan.

Musim-musim sekarang susahlah nak cari pembeli kan… maklumlah ramai yang terjejas dengan ‘tetamu tak diundang’. - KitaReporters


0
5
1
9
0
You will be interested