Insan & Komuniti 09 Sep, 2020

Amitabh Bachchan kembali! Muncul selepas positif COVID-19!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

SELEPAS hampir tiga minggu bercuti berikutan dimasukkan ke hospital kerana positif wabak Coronavirus (COVID-19), bintang Bollywood, Amitabh Bachchan kembali beraksi ke dunia hiburan. Pada 11 Julai 2020 lalu, bapa mertua kepada aktres, Aishwarya Rai  dan suaminya, Abhishek dikejarkan ke Hospital Nanavati selepas mengadu sesak nafas sebelum disahkan positif COVID-19. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan Amitabh Bachchan 

https://kitareporters.com/search?search=amitabh


Memetik laporan ndtv.com, pelakon berusia 77 tahun itu muncul buat kali pertama selepas lama cuti rehat bagi menjayakan rakaman rancangan televisyen popular India, Kaun Benega Crorepati (KBC). 

Penampilannya pada Isnin, 7 September 2020 sebagai pengacara yang memasuki musim ke-12 itu turut disambut bersama sebagai ulang tahun rancangan berkenaan yang ke-20

Wow!! Lamanya rancangan itu bertahan!

Beliau kemudian memuat naik beberapa aksi ketika berlangsung rakaman berkenaan yang akan disiarkan di Sony TV, tidak lama lagi.

MASIH kuat dan bergaya biarpun usianya hampir menghampiri angka 80 tahun. - Kredit foto: Twitter @Amitabh Bachan.


Beberapa hari lalu, Bachchan berkongsi promo rancangan berkenaan dalam Twitter miliknya yang menampilkan dirinya berinteraksi dengan seorang peserta di kerusi panas berkenaan.

Program KBC yang mula disiarkan pada 3 Julai 2000 itu merupakan rancangan kuiz yang menawarkan hadiah wang tunai yang lumayan apabila menjawab pelbagai pilihan soalan secara dengan betul.

Dengan berasaskan format daripada program Who Wants to Be a Millionaire? KBC disiarkan dengan gaya Bollywood dalam setiap episodnya.


Program KBC disiarkan dalam bahasa Hindi dan Inggeris, versi bahasa Tamil pula dikenali sebagai Neengalum Vellalam Oru Kodi dan versi bahasa Kannada dikenali sebagai Kannadada Kotyadhipati.

Sebelum ini, pada 11 Julai 2020 lalu, bapa mertua kepada aktres, Aishwarya Rai  dan suaminya, Abhishek dikejarkan ke Hospital Nanavati selepas  mengadu sesak nafas sebelum disahkan positif COVID-19. Namun selepas tiga minggu berlalu, pada 3 Ogos beliau dibenarkan keluar dari hospital.

Semoga pelakon berbakat itu diberikan kesihatan yang baik dan terus mewarnai dunia hiburan India. - KitaReporters

3
0
0
0
0
You will be interested