Insan & Komuniti 11 Sep, 2020

Koma selama 6 bulan! Kisah pemuda yang jadi inspirasi ramai!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this

SETIAP manusia di atas muka bumi ini mempunyai ujian hidup yang perlu ditempuhi, kadangkala kita tak mampu untuk menghadapi ujian yang terlalu besar, namun sikap positif akan membuatkan seseorang itu sembuh.  Baru-baru ini tular kisah pemuda ini dalam Facebook kerana kisah hidupnya yang boleh menjadi inspirasi buat semua orang. : KitaReporters


Seorang pengguna Facebook Wong Fook Meng berkongsikan kisah pemuda ini yang ditemuinya di sebuah stesen minyak Petronas di Melaka ketika dalam perjalanan ke pejabat. 

Beliau berkongsikan kisah pemuda ini yang dikatakan mengalami kemalangan motosikal yang teruk dengan sebuah trailer ketika umurnya 18 tahun menyebabkan beliau koma selama 6 bulan. Rupa-rupanya pemuda ini baru bekerja selama seminggu dan ini adalah pekerjaan pertamanya selepas kemalangan tersebut yang menyebabkan kecederaan otak.

Alhamdulillah, pemuda ini sedang dalam proses untuk sembuh. Ternyata kemalangan ini menyebabkan beliau terpaksa mengambil masa 4 tahun untuk pulih dan mencari kerja.

Menurut Wong Fook Meng,  pemuda ini sangat ceria orangnya dan sangat yakin bahawa boleh sembuh dan sangat berfikiran positif untuk proses pemulihannya. 

Kisah pemuda ini adalah inspirasi kepada semua orang di luar sana untuk kekal positif dan bangkit meneruskan hidup.


Posting ini telah menjadi satu inspirasi kepada ramai netizen di luar sana. Rata-rata dari mereka mendoakan pemuda ini terus sembuh dan berjaya dalam kehidupan.


Semoga selalu positif, dan kejayaan pasti akan datang untuk insan yang terus bersabar seperti pemuda ini. - KitaReporters

6
4
0
0
1
You will be interested