Insan & Komuniti 06 Jan, 2021

Video| Yang di-Pertuan Agong pandu sendiri 4WD redah banjir! Bagi lawat mangsa banjir di Maran

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Bilal Shah sanggup meredah banjir untuk mengadakan lawatan secara mengejut bagi memberi sumbangan kepada mangsa banjir di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Daerah Maran, Pahang hari ini, Selasa 5 Januari 2021. : KitaReporters




Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin memandu kenderaan pacuan empat roda meredah air banjir di Lebuh Raya Pantai Timur untuk melawat mangsa banjir di Maran, Pahang pada 5 Januari 2021. - Kredit Foto: Istana Negara 


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Al-Sultan Abdullah:

https://kitareporters.com/search?search=Al-Sultan+Abdullah


Baginda memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda di Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) termasuk semasa meredah air banjir di atas lebuh raya ketika dalam perjalanan untuk bertemu dengan mangsa-mangsa banjir di daerah itu.






BAGINDA menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Maran, Pahang pada 5 Januari 2021 - Kredit foto: Istana Negara


Antara PPS yang dilawati baginda ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Maran, Surau Kampung Jara, Sekolah Kebangsaan (SK) Sentul dan Masjid As-Syakirin.

Keberangkatan baginda yang turut diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Panglima Muda, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah bagi mengurniakan sumbangan tersebut.  

Turut mengiringi Yang di-Pertuan Agong itu ialah Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. 



SEKITAR lawatan Yang di-Pertuan Agong bertemu mangsa banjir di daerah Maran, Pahang. - Kredit Foto : Istana Negara


Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan harapan agar mangsa-mangsa banjir di Pahang tabah menghadapi dugaan dan musibah yang menimpa mereka.

Baginda juga turut bersimpati dengan mangsa banjir di beberapa negeri lain termasuk Terengganu, Kelantan, Johor, Perak dan Selangor dan berharap mereka [un banyak bersabar dengan dugaan bencana alam yang mereka hadapi. 

``Rakyat yang tinggal di kawasan yang rendah dinasihatkan sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri serta keluarga dan mereka perlulah berpindah dengan segera jika diarahkan berbuat demikian. 

``Beta juga meminta pihak yang berkuasa seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kerajaan Negeri, Pentadbiran Daerah dan beberapa agensi yang berkaitan supaya terus menghulurkan segala bentuk bantuan yang diperlukan kepada mangsa banjir berkenaan,’’ titah baginda dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa 5 Januari 2021.



Sebelum itu, baginda yang memang terkenal sebagai seorang sultan yang berjiwa rakyat telah beramah mesra dan memberi sumbangan kepada pemandu lori yang terkandas akibat banjir di Plaza Tol Karak.

Yang di-Pertuan Agong mengajak rakyat di seluruh negara mendoakan agar bencara banjir yang melanda di beberapa negeri terbabit tidak berpanjangan serta tidak mengorban banyak nyawa dan harta benda. 


BAGINDA meninjau keadaan trafik semasa berada di Plaza Tol Karak pada 5 Januari 2021. - Kredit Foto : Istana Negara  


4
0
0
0
0
You will be interested