Insan & Komuniti 24 Dec, 2020

Tolong kami! Bantu Zubaidah biaya persekolahan lima anaknya

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

"SAYA tidak pasti sama ada lima daripada anak yang sepatutnya berada di alam persekolahan seperti kanak-kanak lain akan bersekolah apabila penggal persekolahan baharu bermula pada Januari 2021,” kata Zubaidah Sayuti, 35, dari Kampung Bukit Payong, Hulu Besut, Terengganu. : KitaReporters


Bangsal kayu yang didiami Zubaidah Sayuti bersama tujuh anak di Kampung Bukit Payong, Hulu Besut, Terengganu


Lagi kisah-kisah meruntun jiwa berkaitan Tolong Kami:

https://kitareporters.com/search?search=tolong+kami


Zubaidah terpaksa memikirkan masalah tersebut kerana tidak mampu untuk menyara persekolahan anak-anak kerana keadaan hidup keluarga yang daif sejak ketiadaan suami sejak enam bulan lalu.

Kehidupan beliau kini mengharapkan belas ihsan jiran dan komuniti setempat yang membantu menghulurkan barang keperluan dapur untuk keperluan sekeluarga.

Malah ibu kepada tujuh anak berusia antara dua hingga 16 tahun itu hidup dalam kedaifan dan tinggal di sebuah bangsal buruk di kampung tersebut.


Dinding beralaskan plastik menjadi tempat tinggal Zubaidah bersama tujuh anaknya.


Zubaidah yang berasal dari Kampung Pulau Tawar, Jerantut, Pahang, menetap di kampung tersebut kerana mengikuti suami. 

Tujuh anak kandung beliau ialah Mohd Nizam Iskandar Mohd Rosila, 16; Mohd Syahrizal  Mohd Rosila,14; Mohd Azi Azimi Mohd Rosila,12; Mohd Irfan Syah Mohd Rosila, 10; Nurul Amira Syuhada Mohd Rosila, 8; Mohd Zakuwaha Mohd Rosila, 5; dan Mohd Alif Aliha  Mohd Rosila, 2.


Zubaidah Sayuti


Katanya, anak-anak beliau memang tidak bersekolah kerana kesempitan kewangan keluarga kecuali seorang yang bersekolah. Bagaimanapun, bagi tahun 2021, anak itu juga mungkin tidak ke sekolah kerana tidak ada wang untuk membiayai persekolahan.

Zubaidah berkata, anak lelaki sulung berusia 16 tahun terpaksa melakukan kerja sendiri dengan menangkap burung sebagai sumber pendapatan utama bagi membantu menyara hidup keluarga.


Di sebalik tabir bangsal yang berupa pondok kecil kediamannya, Zubaidah memikirkan masa depan kehidupan keluarganya.


Rumah yang didiami sekarang pun dibina sendiri oleh tiga orang anak sebagai tempat berteduh mereka sekeluarga.

“Walaupun masih kecil tiga anak lelakinya terpaksa melakukan pelbagai kerja kampung demi mencari sumber untuk keluarga,” katanya.  


Zubaidah bersama anak-anak menerima kunjungan NGO menyampaikan barangan keperluan


Beliau tidak menafikan sejak kebelakangan ada pihak termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang datang ke rumah sambil menghulurkan bantuan makanan dan keperluan harian.

Jika ada pihak yang bersimpati dengan keluarga tersebut, bolehlah memberi bantuan dan sumbangan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN), nombor akaun: 11005 41 00023625 9 (Zubaidah Sayuti). - KitaReporters

3
0
4
1
1
You will be interested