Insan & Komuniti 07 Dec, 2020

Video| Tolong kami! Bantu Musa buat rawatan kanser paru-paru

@abdul razak din
Wartawan selama lebih 30 tahun, bekas wartawan Utusan, bekas Penolong Pengarang Ekonomi, bekas Penolong Pengarang Suplemen, bekas Pengarang Prosesan Utusan Malaysia (razakdin939@hotmail.com)

Share this

HASRAT sebuah keluarga untuk mengecapi erti sebuah kehidupan terasa amat sayu apabila ayah mereka disahkan mengidap kanser paru-paru tahap 4. Menurut Nurul Nabila Musa, 16, ayahnya, Musa Ngah Wahab, 48, yang disahkan mengidap kanser paru- paru oleh pakar perubatan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) melakukan rawatan segera di pusat perubatan tersebut. : KitaReporters 



Lagi kisah-kisah tolong kami:

https://kitareporters.com/search?search=tolong+kami


"Pakar perubatan menjangkakan kos merawat penyakit ayah dianggarkan sebanyak RM40,000.

"Saya sebagai anak, merayu kepada masyarakat untuk membantu dari segi kos perubatan ayah," kata Nabila dengan nada sedih ketika ditemui pada 6 Disember 2020. Ayahnya hanya bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan yang tidak seberapa. 




Nabila berkata, apa yang lebih membimbangkannya kuman kanser itu telah mula merebak ke bahagian otak, buah pinggang dan paru-paru.

"Saya sedih melihat keadaan ayah sekarang kerana beliau kini tidak bekerja dan telah menghabiskan sebanyak RM60,000 untuk merawat penyakit dengan berhutang daripada kawan kawan," katanya.

Sehingga kini Musa telah menjalani sebanyak enam kali rawatan radioterapi di hospital kerajaan.

Ekoran daripada keadaan kesihatan yang semakin serius, Musa diminta untuk menjalani rawatan segera di PPUM bermula pada 7 Disember 2020.



"Kos untuk sekali pergi ke Kuala Lumpur memakan hampir RM300.

"Kami tidak mampu untuk menyediakan kos itu dan merayu kepada orang ramai untuk membantu kami," katanya yang menetap di 154, Kampong Temin Hilir, Sungai Siput Utara, Perak.

Kepada sesiapa yang sudi membantu boleh menghubungi anaknya, Mohd Izam Musa menerusi telefon 01139540744 atau boleh menyalurkan terus bantuan atau sumbangan kepada akaun BSN Musa Ngah Wahab bernombor 0890141000054642. - KitaReporters


1
0
3
0
0
You will be interested