Beginilah keadaan seorang kanak-kanak Yaman yang menerima rawatan hospital kerana menderita penyakit kekurangan zat makanan. - Kredit foto: New York Times.
SEJAK berlakunya peristiwa gelombang Arab Spring pada tahun 2010 di Mesir, kebanyakan negara Asia Barat bergolak mendesak pemimpin-pemimpin negara masing-masing berundur dan meletakkan jawatan mereka kerana berlaku ketidakpuasan rakyat secara keseluruhan.
Terdapat
pihak-pihak mendakwa golongan pemerintah
hidup dalam kesenangan dan kemewahan sedangkan rakyat sentiasa dihimpit
kemiskinan dan kebuluran.
Maka Yaman atau Yemen antara negara-negara Islam di rantau itu yang turut dilanda perang saudara (sejak 2015) antara pihak pemerintah Yaman (puak Suni) dan pemberontak Houti (puak Syiah) yang
berlarutan sehingga bertahun-tahun lamanya.
Dalam pada itu, kerajaan Arab Saudi turut campur tangan dalam membantu Yaman dengan melakukan serangan udara menyasarkan puak pemberontak daripada terus menguasai negara tersebut.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Yaman
Natijahnya tiada siapa yang beruntung dalam konflik dalaman ini kerana semakin ramai rakyatnya kini menderita kesusahan dan kebuluran terutama kalangan kanak-kanak,wanita dan orang-orang tua.
Antara jutaan mangsa krisis kemanusiaan ini ialah pasangan kembar Mohamed dan Ali al-Jumaai berusia 18 bulan seberat 3 kilogram (kg) atau 6.6 paun setiap seorang dan kurang satu pertiga daripada berat yang sepatutnya.
Pasangan kembar ini menderita penyakit kekurangan zat yang kronik dan mereka ini bakal mewarnai kehidupan yang suram dengan penuh kedukaan,meruntun emosi dan bertawakal kepada takdir kehidupan.
Kanak-kanak ini dilahirkan di daerah Harad, utara Yaman dalam wilayah Hajjah berdekatan sempadan Arab Saudi. Keluarga kanak-kanak ini dipindahkan dari zon merah peperangan ke kem pelarian yang terletak daerah Abs sebagai tempat perlindungan sementara.
Pasangan kembar Mohamed dan Ali al-Jumaai sedang dirawat di klinik kesihatan kem pelarian sementara di daerah Abs, Yaman. - Foto kredit: AP
Menurut seorang doktor, Yahia Jahaf yang merawat kedua-dua beradik tersebut berkata mereka mengalami kekurangan zat separa akut sehingga boleh menjejaskan kesihatan untuk jangka masa panjang.
Keluarga Mohamed dan Ali sentiasa datang ke klinik kem pelarian untuk mendapatkan rawatan berkala namun keadaan mereka berdua semakin teruk akibat kekurangan zat makanan.
Pada asasnya, keperluan makanan yang mencukupi dan seimbang nutrisinya adalah penawar utama kepada kebanyakan kanak-kanak Yaman untuk membesar dengan sihat.
Justeru, pasangan kembar ini perlu dihantar ke pusat perubatan pakar susulan berat badan mereka yang semakin susut dan kekurangan zat.
Antara tajuk-tajuk berita berkaitan krisis kemanusiaan di Yaman terutama melibatkan golongan kanak-kanak hidup dalam kebuluran dan tidak cukup zat pemakanan sehingga boleh membawa maut.
Pada Oktober 2020 lalu, pihak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah memberi amaran bahawa dijangka sebanyak 98 ribu kanak-kanak yang berumur di bawah umur 5 tahun yang tinggal di selatan Yaman akan berdepan maut.
Yaman kini menjadi sebuah negara krisis makanan paling teruk di dunia. Jika tidak ditangani sama ada menerima bantuan makanan dan ubat-ubatan dari negara luar kesannya akan menyebabkan lebih ramai lagi rakyatnya akan mati.
Paling sedih, negara-negara Islam lain seperti tidak mengambil cakna dan peduli akan nasib saudara seagama mereka terutama ketika musim Covid-19 masih melanda dunia. Maka semakin banyak kematian dilaporkan akibat kedua-dua faktor iaitu kekurangan zat dan virus ‘Wuhan’.
Pada tahun 2019, Yaman menerima bantuan misi kemanusian dari agensi PBB, UNCHR (Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian) sebanyak USD$1.3 bilion dollar dalam bentuk makanan dan ubat-ubatan. - KitaReporters
Masa depan kanak-kanak Yaman dikatakan suram berikutan ketiadaan makanan yang mencukupi dan hanya bergantung sepenuhnya daripada bantuan luar. - Kredit foto: Reuters
Sumber:
https://news.okezone.com/read/2015/03/28/18/1125649/kronologi-konflik-yaman-hingga-kini
https://www.republicworld.com/world-news/middle-east/children-in-yemen-suffer-from-severe-malnutrition.html