Insan & Komuniti 16 Mar, 2021

Maaf, mohon bersabar dan hati-hati, ini ibu hamil! Tulisan pada backpack penunggang motosikal

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Cara unik dilakukan seorang wanita yang menunggang motosikal bagi memastikan keselamatan diri dan kandungannya. - Kredit foto: TikTok @Yuliana4477


Penunggang dan pembonceng motosikal adalah golongan berisiko tinggi mengalami kemalangan jalan raya termasuk nahas maut.

Bagaimanapun, seorang penunggang motosikal perempuan yang hamil di sebuah daerah di pulau Jawa mempunyai cara tersendiri untuk membuat pengguna jalan raya berhati-hati dan tidak menghampiri motosikalnya terlalu dekat.

Dia meletakkan mesej khas buat pengguna jalan raya atas kertas bersaiz A4 yang ditampal pada beg backpacknya

Tulisan itu berbunyi: "MAAF, MOHON BERSABAR DAN HATI-HATI...INI IBU HAMIL."


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan hamil:

https://kitareporters.com/search?search=hamil




"Aksi penunggang motosikal jenis kapcai automatik ini sempat dirakam pengguna TikTok @Yuliana4467 yang menaiki sebuah kereta yang mengguna jalan yang sama. 

Yuliana melihat seorang penunggang motosikal kapcai melakukan kelainan di jalan raya. Dia lantas mengejar penunggang itu untuk merakam video. 

Apabila video ini dimuat naik ia mengundang sejumlah komen positif. Kebanyakan netizen memuji idea kreatif penunggang hamil itu demi keselamatan diri dan kandungannya dan tidak malu melakukan perkara itu

Bagaimanapun, Yuliana tidak menyatakan di mana dan bila kejadian itu dirakam. 

Tetapi dapat dipasti ia berlaku di sebuah daerah di pulau Jawa kerana motosikalnya mengguna plat B iaitu untuk wilayah Jakarta. - KitaReporters


8
1
0
0
0
You will be interested