Insan & Komuniti 23 Mar, 2021

Video| Pembunuhan tragis: Anak penggal kepala bapanya! Kemudian kepala diarak keliling kampung

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Waskota ditangkap penduduk kampung. Kredit foto: Tribun Lampung.

SEORANG lelaki dikenaIi sebagai Waskota @ Jaja, 25, memenggal kepala ayahnya, Slamet Riyanto,57, dengan golok dan membawa kepala ayahnya dengan motosikal untuk mengeliling kampung  dan mengemparkan penduduk.

Kejadian berlaku di Kampung Sendang Rejo, Kecamatan Sendang Agung, Lampung Tengah, Lampung, pada Isnin, 22 Mac 2021, kira-kira pukul 2 petang waktu tempatan.

Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan pembunuhan:

https://kitareporters.com/search?search=pembunuhan


Orang kampung membantu memungut kepala Slamet yang putus dipanggal oleh anaknya. - Kredit foto: Tribune Lampung.



Menurut si isteri bernama Ningsih ketika mandi sebaik pulang dari sawah dia terdengar perbalahan antara si anak dan suaminya di mana si anak minta untuk berkahwin tetapi tidak dipersetujui oleh suaminya

Tidak lama kemudian  terdengar suaminya menjerit kesakitan membuat Ningsih bergegas keluar dari bilik air.

Alangkah terkejutnya Ningsih apabila melihat kepala suaminya sudah terputus daripada badan. Sementara Waskota dengan aksi marah memegang golok yang bersimbah darah.

Ningsih menjerit, namun Waskota tidak memperlihatkan ketakutan, sebaliknya mengambil kepala ayahnya, Slamet yang berlumuran darah itu ke dalam guni lalu membawanya dengan motosikal kapcainya untuk keliling kampung.


Anggota polis memeriksa tempat kejadian. - Kredit foto: Lampung Pos.

Peristiwa itu menggemparkan penduduk kampung dan rumah mangsa mula dikunjungi ramai orang.

Pihak polis menjalankan siasatan dan memberkas Waskota dengan bantuan penduduk kampung. 

Waskota dikatakan mempunyai penyakit jiwa dan pihak polis akan menghantarnya ke hospital jiwa bagi mengetahui tahap kesihatannya.

Waskota akan didakwa membunuh secara kejam ayahnya. Si isteri, Ningsih meraung ketika pengkebumian suaminya. - KitaReporters


3
1
7
0
2
You will be interested