MEMPUNYAI muka yang macho belum tentu memiliki keberanian yang sebenar. Kadangkala lelaki yang berwajah berani itu hakikatnya adalah individu paling penakut di dunia. Sebab itu jangan percaya dengan wajah semata-mata. Bagi si penakut dengar sahaja nama hospital sudah nampak ketakutan pada riak muka, bukan apa bau hospital saja boleh membuatkan si dia kecut perut. : KitaReporters
GENGGAMAN erat sahabat memberikan semangat berganda kepada lelaki berkenaan ketika melalui prosedur suntikan baru-baru ini. - Kredit foto: Twitter @spawnking27.
- Lagi cerita-cerita dari Indonesia:
- https://kitareporters.com/tag/Indonesia
Baru-baru ini tular dalam media sosial video seorang lelaki macho menjerit ketakutan di hadapan doktor ketika membuat prosedur suntikan. Mungkin ngilu tengok jarum halus membuatkan abang sado itu menjerit ketakutan.
Kelakarnya belum lagi jarum menyentuh badan tapi sudah
menjerit ketakutan. Kalahkan kena kejar
dengan anjing gila.
Bikin malu sahaja… tak padan muka macho rupanya
penakut.
Video melucukan itu dimuat naik oleh seorang pengguna
Twitter bernama Agi Ginanjar dan setakat pukul 9 pagi 6 Ogos 2020, video berkenaan telah ditonton lebih dua juta kali oleh pengguna media sosial.
Keadaan itu membuatkan doktor yang bertugas juga menjadi kaget dan serba salah. Nasib baik doktor yang bertugas juga cool! Kalau tidak tak tahu apa yang akan terjadi?
JERITAN JANTAN... belum lagi kena suntikan tapi sudah menjerit ketakutan.
Tapi beruntungnya dia, ketika berdepan ‘saat menakutkan’ itu, lelaki berkenaan dikelilingi rakan-rakannya yang tidak berhenti memberi kata-kata semangat.
Inilah rakan sejati namanya...sentiasa ada sahaja di saat suka dan duka! Bukan seorang tetapi beberapa lagi rakannya mendekati sambil memberi semangat kepadanya.
Lebih mengujakan ada rakannya menjadi tempat dia
berpaut dengan menggenggam tanggan sekuat hati ketika doktor menyuntik jarum pada lengan, manakala seorang lagi cuba menenangkan abang sado tersebut.
Bikin malu saja bro! Kacak sia-sia namanya ni... - KitaReporters