Insan & Komuniti 27 Jul, 2020

Oh anak! Demimu, ayah jual lembu untuk beli telefon pintar!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

DEMI anak apa sahaja sanggup dilakukan oleh orang tuanya, malah sanggup bergolok gadai demi kesenangan anak. Perkara sama turut berlaku kepada seorang bapa dari Jwalamukhi di Himachal Pradesh, India yang sanggup menjual harta miliknya iaitu seekor lembu peliharaan demi kemudahan anaknya, termasuk membeli sebuah telefon pintar. : KitaReporters

KULDIP KUMAR bersama isteri terpaksa menjual lembu peliharaan semata-mata mahu membeli telefon pintar untuk kemudahan anak-anak menyertai kelas dalam talian. - Kredit foto: TribuneIndia.com


Lagi cerita-cerita dari India:

https://kitareporters.com/search?search=india


Bapa itu, Kuldip Kumar bersama isteri terpaksa menjual lembu peliharaan semata-mata mahu membeli telefon pintar untuk kemudahan anak-anak bagi menyertai kelas dalam talian

Tindakan berkenaan dilakukan selepas anaknya perlu menyertai kelas dalam talian berikutan sesi persekolahan di seluruh India ditutup ekoran 'serangan' COVID-19.

Pada Mac 2020 lalu, semua sekolah di India ditutup menyebabkan dua anaknya yang berada di Tahun Dua dan Tahun Empat perlu menyertai kelas dalam talian.

Namun kemiskinan hidup menyebabkan pasangan itu tidak mampu membeli telefon bimbit untuk kemudahan anaknya.

LEMBU milik Kuldip terpaksa bertukar tangan demi pendidikan dan masa depan anak-anaknya.


Sebelum ini, Kuldip pernah membuat permohonan pinjaman dengan beberapa buah bank dan syarikat kewangan sebanyak RS6,000 (RM342) semata-mata mahu membeli telefon kepada anaknya, namun kemiskinan yang dialami menyebabkan pihak bank menolak permohonan berkenaan.

Mengenangkan anak-anaknya mahu belajar dia tiada pilihan selain menjual lembu yang yang dimiliki demi pendidikan anaknya.

Keikhlasan hatinya yan mengutamakan pendidikan kepada anaknya membuahkan hasil apabila lembu peliharaan berjaya dijual dan dia berjaya membeli sebuah telefon pintar kepada anaknya untuk menyertai kelas dalam talian.

AKHIRNYA anak-anak Kuldip dapat menyertai kelas dalam talian selepas menjual lembu peliharaan dan membeli telefon pintar berkenaan.


Semoga pengorbanan mulia si bapa yang sanggup menjual harta yang dimiliki demi kesenangan anak-anak digunakan sebaik mungkin oleh si anak-anak.

Semoga kejayaan menjadi milik mereka berdua.

Pasti juga ada ‘hadiah’ istimewa menunggu si bapa yang sanggup berkorban demi anak-anak tersayang! - KitaReporters

2
0
0
0
0
You will be interested