Kisah Insan 15 Jul, 2020

Buang bantal busuk ni ya? Tak mau..Tak mau... Peace! Hahaha!

@mohd amirul fazli zulkafli
Pernah berkhidmat sebagai wartawan penyiaran. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

SETIAP daripada kita pasti akan ada satu bantal kesayangan dan kita panggilnya sebagai bantal busuk. Biasanya kaum wanita yang paling ramai ada tetapi tak kurang juga bagi kaum Adam, bukan biasa-biasa ya, mereka ini pun ada juga cuba beza tak terlalu menonjol seperti kaum wanita. Jaga 'standard' orang kata. : KitaReporters


Seorang ayah cuba mengusik bantal busuk anaknya itu dengan cuba mengambil daripadanya dan mahu membuang bantal busuk anaknya itu.

Tetapi tahap kesayangan anaknya terhadap bantal itu, fuhhh bukan biasa-biasa biarpun dikatakan bantal itu busuk.

Kredit video: Twitter @Fyaireez


Yang si anak pun cuba la nak hidu sebab tak percaya kata si ayah ini tapi sekali bau, emmm, dia pun 'terciduk' bau bantal itu!!!! 

Dah nama pun bantal busuk, mestilah kena bau busuk sikit, baru ada aroma dia, ahahahahah!!!!




Namun apa yang kelihatan lebih comel serta menarik adalah gelagat spontan si anak ini membuatkan siapa menonton pun akan tersenyum dengan sendiri.

Biarpun masih kecil mungkin bantal itu ada makna untuk dirinya. Boleh jadi hadiah dari ibu bapanya, sebab itu dia terlalu sayang. Perempuan guyss!!!!

Jika dilihat akaun Twitter ayahnya itu, kelihatan si ayah begitu akrab dengan puterinya yang bernama Dariya. - KitaReporters


Kredit video: Twitter @Fyaireez


Kredit video: Twitter @Fyaireez

4
1
0
0
0
You will be interested