Insan & Komuniti 05 Oct, 2021

Abdul Karim Omar @ Karim Iskandar meninggal! Wartawan veteran hiburan Singapura! Usia 82 tahun

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Foto terakhir Karim Iskandar dalam akaun Facebooknya.


WARTAWAN veteran hiburan Singapura, Abdul Karim Omar atau lebih dikenali sebagai Karim Iskandar meninggal dunia pada pagi Isnin, 4 Oktober 2021

Karim biasa membuat liputan berita hiburan Singapura, Malaysia dan Indonesia pada 1970-an hingga awal 2000-an. Dia juga dikenali dengan nama pena Bentan Telani.

Berita kematian Allahyarham diumum oleh anak-anaknya dalam laman akaun Facebooknya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan wartawan


Allahyarham yang berusia 82 tahun menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 2.30 pagi Isnin, 4 Oktober 2021, di Hospital Besar Changi (CGH).

Jenazah Allahyarham disolatkan di rumah anak bongsunya di Tampines dan selamat dikebumikan selepas zohor pada hari yang sama.

Menurut anak sulungnya, Nantida Karmila Abdul Karim, 38, bapanya sebelum ini dirawat di Hospital Masyarakat St. Andrew's selama tiga bulan setelah jatuh pada Jun tahun 2020. Namun, baru-baru ini dia didapati mengalami pendarahan pada otaknya.

"Apabila bertemu dengan pakar bedah saraf, dia berkata terlalu berisiko kerana usianya yang lanjut serta masalah kesihatan lain," kata Karmila kepada Berita Harian (BH) Singapura.

Allahyarham meninggalkan dua anak dan enam cucu.

Antara yang menziarahi keluarga Allahyarham ialah bekas Menteri Kanan Negara, Zainul Abidin Rasheed dan bekas Setiausaha Kanan Parlimen Yatiman Yusof.



Sementara itu, BH Singapura turut melaporkan, bekas wartawan akhbar itu, Jabbar Hanieff, yang pernah bekerja sama Allahyarham, menyifatkan pemergian Abdul Karim sebagai satu kehilangan besar.

"Kami kenal memang sudah lama sejak 1970- an tapi mulai lebih rapat apabila saya menerbitkan rancangan hiburan di radio SBC.

"Apabila saya berpindah kerja ke BH pada tahun 80-an, beliau terus mengirimkan berita dan foto-foto sekitar dunia hiburan setempat dan Malaysia serta Indonesia.

"Allahyarham Karim orangnya penyabar, tidak mudah kecil hati dan amat berdedikasi dengan apa yang dikerjakannya," ujar beliau sebagai dipetik oleh BH Singapura. - KitaReporters

16
13
0
13
0
You will be interested