Insan & Komuniti 09 Apr, 2020

LANGGAR LEMBU, SYUKUR ROSOL WAHID OKEY!!

@rosalinda said
Bekas wartawan Utusan Malaysia yang pernah bertugas di Kuala Lumpur dan cawangan Kuala Terengganu.

Share this

TIMBALAN Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid melalui detik cemas apabila kenderaan dinaikinya terlanggar lembu di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur keluar Ajil, Hulu Terengganu pada tengah malam tadi (Rabu, 8 April 2020). : KitaReporters


Tangkap layar perkongsian Rosol tentang kemalangan yang dialaminya tengah malam tadi (8 April 2020). (https://www.facebook.com/drosolwahid/)


Dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah malam itu, Rosol yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu bersama pemandu dan pengawal peribadinya, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibawa menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Hulu Terengganu.

Menurut Rosol, kemalangan berlaku ketika mereka dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Terengganu bagi menghadiri beberapa mesyuarat di peringkat negeri dan program di kawasan Parlimen.

Tangkap layar perkongsian Rosol tentang kemalangan yang dialaminya tengah malam tadi (8 April 2020).


“Oleh kerana terlalu ramai yang bertanya, saya kongsikan di sini bahawa saya telah terbabit dalam kemalangan di LPT2 tengah malam tadi. 

“Kejadian menyebabkan kenderaan rasmi Proton Perdana yang saya naiki bersama pemandu dan pengawal peribadi remuk teruk akibat terlanggar lembu yang melintas secara tiba-tiba. 

"Bagaimanapun, syukur Alhamdulillah, kami tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam hantaran dalam laman Facebooknya hari ini (Khamis, 9 April 2020).

Rosol turut mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan bantuan segera sewaktu kejadian terutama pihak polis dan pasukan peronda LPT2 di samping petugas hospital.

Rosol (tengah) bersama Ahmad Samsuri dan Ahmad Amzad (kiri) semasa Mesyuarat JKKN Terengganu pagi ini (9 April 2020). - Kredit : FB Ahmad Samsuri


Walaupun masih terkejut dengan kejadian itu, namun Rosol berkata, tugas dan tanggungjawab tetap perlu diteruskan seperti biasa apabila beliau hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Terengganu Bagi Menangani COVID-19 yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pagi ini Khamis, 9 April 2020.

“Terima kasih atas semua doa-doa anda buat saya. Allah jua yang dapat membalasnya,” katanya. - KitaReporters

0
0
2
0
0
You will be interested