Insan & Komuniti 24 Apr, 2020

TERIMA KASIH ABM!! BEKAL LAMPIN DAN SUSU!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

Lebih 50 penduduk daerah pedalaman Sik, Kedah mengucapkan terima kasih kepada pihak Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara Sintok, Kedah kerana menyampaikan sumbangan lampin pakai buang dan susu untuk kegunaan anak-anak mereka. - KitaReporters 

Anak-anak yang menerima lampin pakai buang di pedalaman daerah Sik, Kedah.


Wajah kegembiraan anak-anak yang terima lampin pakai buang dan susu tepung.


Sumbangan lampin pakai buang dan susu itu adalah hasil kutipan wang daripada staf dan pelajar ABM Wilayah Utara.

Ketua Pegawai Eksekutif ABM Wilayah Utara Mohd Nazri Zakaria berkata, sumbangan barangan itu disampaikan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Kedah dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Katanya, wang lebih RM2,500 yang dikumpul itu digunakan untuk pembelian barangan keperluan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif ABM, Wilayah Utara Mohd Nazri Zakaria


Sementara itu Penyelaras ABM Wilayah Utara, Izzuddin Ramizon berkata, lampin pakai buang dan susu yang disampaikan pada 17 April 2020 adalah sebahagian daripada barangan keperluan harian yang disampaikan kepada mereka.

"Kami hanya mengumpul dana dan membuat pembelian susu dan lampin seperti yang dimaklumkan oleh pihak NGO yang mengagihkan barangan itu," katanya ketika ditemui.

Beliau yang dipertanggungjawabkan untuk mengagihkan barangan itu  berharap sumbangan menjelang puasa ini akan memberi kegembiraan kepada 50 ahli keluarga yang menerimanya.

Penyelaras ABM Wilayah Utara Izzuddin Ramizon


Program kemasyarakatan ini adalah sebahagian daripada khidmat komuniti ABM Wilayah Utara melalui staf dan pelajarnya.

Sebelum ini mereka juga terlibat dengan pembinaan rumah pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang terbakar di Jitra; pembinaan surau di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Nyior, JItra; pembinaan pusat-pusat rekreasi; projek perumahan untuk golongan pendapatan rendah; baik pulih masjid;  dan beberapa projek amal berkaitan pembinaan lain.

Dalam pada itu, pihak ABM juga mengharapkan pelajar-pelajarnya yang sedang bercuti supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang diarahkan oleh kerajaan dan mengucapkan selamat berpuasa. - KitaReporters

Antara keluarga yang menerima sumbangan.


Lampin pakai buang dan susu yang diterima daripada wakil ABM Wilayah Utara.


Tersenyum gembira anak ini menerima lampin pakai buang dan susu.

3
1
0
0
0
You will be interested