Insan & Komuniti 09 Jul, 2020

Bayi baru lahir pegang IUD! Sebagai 'hadiah' untuk ibu bapa!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

Menjadi kelaziman penggunaan alat perancang keluarga, IUD adalah berfungsi sebagai mencegah kehamilan. Tapi kelakarnya di Vietnam apabila seorang bayi selamat dilahirkan, walaupun ibunya menggunakan perancang keluarga berkenaan. Lebih menarik dan mengejutkan, bayi berkenaan menggenggam satu 'hadiah' buat ibunya. : KitaReporters

BAYI memegang alat IUD ketika dilahirkan di Hai Phong International Hospital, Hanoi, Vietnam baru-baru ini. - Kredit foto: Central European News


Memetik portal e.vnexpress.net, kedatangan si bayi kecil membawa ‘hadiah’ untuk ibu bapa dengan menggenggam semula gegelung kontraseptif yang pernah digunakan oleh si ibu sebelum ini untuk menghalang kehadirannya.

Ini betul-betul hadiah!

Dah nama tertulis kehadiran anak … itu pun rezeki namanya!

Kredit foto: https://www.facebook.com/Alphalinkmedia


Perkongsian menarik itu dikongsi oleh pakar obstetrik di Hai Phong International Hospital, Dr. Tran Viet Phuong yang tidak melepaskan peluang untuk merakamkan momen indah berkenaan.

“Saya rasa ia foto yang menarik dan tidak menyangka akan mendapat perhatian ramai,” ujarnya.

Kongsinya lagi, ketika menyambut bayi berkenaan dia melihat bayi berkenaan memegang sesuatu dan tidak menyangka itu adalah IUD yang pernah digunakan ibunya sebelum ini.

“Selepas dilahirkan saya melihat bayi ini memegang sesuatu dan apabila mengamati ia adalah IUD dan ini mungkin hadiah untuk orang tuanya,” ujarnya.

Menurut bayi seberat 3.2 kilogram itu selamat dilahirkan dan kini masih berada di bawah pemantauan pihak hospital.

Sejak dua tahun lalu, ibu beranak tiga itu telah menggunakan perancang keluarga IUD tersebut, tapi mungkin gagal mencegah kehamilan wanita itu kerana ia telah berubah dari kedudukan asalnya.

Dah nama rezeki!

IUD biasanya akan dimasukkan ke dalam uterus wanita dan berfungsi untuk melepaskan tembaga atau hormon bagi mengelakkan sperma bersenyawa dengan telur.

Semoga bayi itu membesar dengan baik dan menjadi anak berguna kepada ibu bapanya suatu hari nanti! Tahniah. KitaReporters

Kredit foto: https://www.facebook.com/Alphalinkmedia

13
1
1
0
1
You will be interested