Insan & Komuniti 24 Dec, 2022

Video| Kes kanak-kanak didakwa dicabul 'teacher' di Taska! Dapat perhatian Che Puan Besar Khaleeda!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


KISAH tular seorang kanak-kanak perempuan yang didakwa dicabul oleh seorang cikgu ketika berada di taska dengan memasukkan jari ke dalam kemaluan kanak-kanak berkenaan kini mendapat perhatian isteri Tengku Mahkota Johor, Che Puan Besar Khaleeda Bustamam.

Perkara berkenaan mendapat perhatian Che Puan Besar Khaleeda selepas melihat perkongsian dimuat naik oleh pempengaruh, Hafiz Mahamad dalam akaun Instagramnya pada 21 Disember 2022 lalu.


Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan kes-kes cabul


Menerusi instagramnya,  Che Puan Besar Khaleeda meluahkan rasa mual dan gusar selepas melihat insiden berkenaan yang dikongsi oleh Hafiz apabila melibat kanak-kanak perempuan yang tidak bersalah. 

Che Puan Khaleeda sememang terkenal dengan keprihatinan berkaitan isu rakyat terutama melibatkan kanak-kanak dan wanita.

Baginda sebelum ini tampil membantu dalam kempen #justiceforbella berikutan kes penderaan remaja orang kurang upaya (OKU) Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella.



Terdahulu, Hafiz menerusi Instagramnya berkata dia terus bergegas ke hospital selepas mengetahui perkara berkenaan apabila mengetahui mangsa adalah anak kepada kakitangannya sendiri. 

Menerusi video yang dikongsi, kelihatan Hafiz bersama isterinya Syafiqah Aina berada di sebuah hospital dan mendengar luahan ibu kanak-kanak malang  berkenaan.

Malah dia tidak menyangka masih ada manusia yang kejam sehingga sanggup memperlakukan perkara berkenaan kepada kanak-kanak yang tidak bersalah.



Katanya dia sendiri terkejut selepas dimaklumkan oleh doktor sendiri apabila terdapat kesan pada kemaluan kanak-kanak.

Lebih menyedihkan lagi si kecil itu sendiri mengaku seorang 'teacher' yang memasukkan jari ke dalam punggung dan kemaluannya.

Malah jelas kedengaran ibu mangsa yang menangis dan kesal dengan apa yang diperlaku kepada anak yang tidak mengetahui apa-apa.



Ibu mangsa yang juga merupakan ibu tunggal itu melahirkan rasa kesal dengan kejadian yang berlaku kepada ketika dia memberikan kepercayaan penuh pada saat keluar mencari rezeki.

Difahamkan juga Hafiz sendiri telah membuat laporan polis di atas kejadian berlaku dan menyerahkan sepenuhnya kes berkenaan kepada pihak berkuasa.

Semoga kes berkenaan adalah yang terakhir dan pasukan keselamatan negara kita dapat menahan individu berkenaan dan diberikan pengadilan yang sewajarnya. - KitaReporters


17
9
0
12
0
You will be interested