TUNDUK atas desakan rakyat dan ibarat nila setitik, aibkan seluruh keluarga diraja England, Raja England Charles III bukan saja melucutkan gelaran putera (tengku) kepada adiknya yang kini dikenali Andrew Windsor Mountbatten tetapi tegar "menghambat" bekas putera itu dari istana.

Adiknya itu bersama bekas isterinya, Sarah Ferguson @ Fergie akan menjadi rakyat biasa bermula 30 Oktober 2025 dikatakan kena kosongkan Royal Lodge berpindah ke Istana Sandringham Estate yang menjadi kediaman peribadi keluarga diraja.
Portal Newsweek.com melaporkan bekas Sekretari Kebudayaan UK, Nadine Dorries berkata, tindakan ke atas Andrew itu penanda aras awal permulaan kepada keruntuhan monarki yang dipimpin oleh Raja Charles.
Dorries turut mengingatkan rakyat negara itu banyak lagi kejutan akan yang berlaku. Dan Fergie dijangka menerbitkan buku yang akan katanya akan mendedahkan banyak kepincangan istana.
Malah Putera Harry pernah menerbitkan buku Spare yang turut menggegarkan istana dan membuatkan hubungan mereka anak beranak musnah.
Beratnya "fitnah" oleh seorang "pelacur" tajaan Epstein itu membuatkan bekas Duke Of York itu kehilangan hak diraja, manakala bekas isterinya Fergie juga diperintahkan angkat kaki membuatkan ramai rakan rapatnya bimbang wanita itu menjadi "geladangan yang mulia".
Manakala dua puteri mereka, Beatrice dan Eugene masih dikekalkan gelaran dan diberi tugasan mewakili keluarga diraja itu.


Ketika kenyataan rasmi istana mengenai pelucutan gelaran itu dibuat, tindakan drastik iyu berkait rapat Andrew didakwa meniduri pelacur yang diupah oleh rakan perniagaannya Jeffrey Epstein dari Amerika Syarikat (AS) pada 2011.
Bagaimanapun tuntutan diselesaikan di luar mahkamah dengan sejumlah bayaran yang tidak diketahui.
Tindakan melucutkan gelaran itu jarang dilakukan selepas berabad-abad konflik melanda keluarga diraja itu.
Malah ketika Lady Diana bercerai pun, gelaran Yang Mulia saja dilucutkan tetapi Diana tetap kekal sebagai Puteri Wales yang kemudian diberikan kepada menantu cucunya, Kate Middleton.
Pelucutan gelaran itu dikatakan permainan politik orang berpengaruh di Hollywood. Malah Andrew mengaku tidak mengenali gadis itu dan kawan-kawan rapat Sarah dilaporkan berkata, gambar Andrew memeluk gadis itu dikatakan dipalsukan.
Macam kata Lady Victoria kawan baik, Andrew bekas putera itu selalunya tidak membawa dompet seperti tertera di poket belakang seluar Andrew kerana semua perbelanjaan kerabat diraja diuruskan oleh polis.

Malam pembongkaran yang dikatakan diperolehi oleh media British mengenai emel Andrew kepada rakannya Epstein, mereka sama-sama terlibat dalam kes itu dan berharap dapat melakukan lagi menguatkan lagi desakan rakyat negara itu memusnahkan hidup Andrew.
Malah Virginia Giuffre yang menuduh Andrew menidurinya seperti diupah untuk mencemarkan maruah adik raja itu. Dia akhirnya mati "dilanggar bas" dan mati pada April 2025, selepas memoirnya diedarkan.
Wanita itu menuduh diupah berzina dengan Andrew ketika berusia 17 tahun (bawah umur) di London, New York dan di Pulau Virgin pada 2001.
Malah dia dengan bangganya memberitahu kepada dunia akhirnya seorang wanita AS berjaya menjatuhkan martabat ahli keluarga diraja itu.
Sesuatu yang sangat pelik juga kerana kerabat diraja England bukanlah sesuci manapun. Sebelum riwayat keluarga diraja sejak turun temurun penuh skandal, pembunuhan, perebutan takhta termasuk semasa Henry VIII dengan enam isteri dan membunuh mereka kerana mahukan pewaris.
Malah mendiang Putera Philip, bapa Andrew juga masa muda menjadi tetamu setiap pub di United Kingdom dan dikatakan mempunyai gundik merata tempat.
Tidak kurang juga dengan Charles, terkenal sebagai playboy yang sering bertukar pasangan daripada bangsawan sehinggalah artis terkenal di Hollywood, Tetapi tidak ada sebarang tindakan dikenakan.
Malah ketika berkahwin dengan Diana, dia berskandal dengan gundiknya yang kini menjadi permaisuri pengiringnya.


Sepatutnya rakyat Britain perlu mendesak raja tidak harus menduduki takhta kerajaan kerana tidak mempunyai moral yang tidak bagus untuk diteladani.
Sebagaimana bapa saudara mereka, Raja Edward melepaskan takhta apabila berkahwin skandalnya, isteri orang AS, Willis Simpsons.
Banyak penganalisis menyatakan pelucutan gelaran Andrew ini bagi mengalih perhatian kelakuan abangnya, King Charles yang kini dikatakan berkonflik dengan isterinya yang antara lain termasuk tuduhan meminta AS$400 juta sebagai syarat menceraikan Charles dan "dia" tahu siapa yang merancang pelan kemalangan Diana.
Dalam aspek satu lagi, usaha menenggelamkan Andrew ini sebagai satu cara "terbaik" untuk mengurangkan kerabat diraja menghabiskan duit cukai rakyat dengan makan, minum percuma.
Malah lebih teruk lagi "kedekut" itu mungkin cara baik untuk mengusir adik dan iparnya mengosongkan istana yang ada 30 bilik sebab sudah tentulah kena ada sumber kewangan yang banyak bagi membayar bil.
Sebelum ini, Putera Harry dan Meghan Markle dikatakan "melarikan" diri dari Istana Buckingham (mereka terbang ke Kanada tanpa memberitahu Ratu Elizabeth II) selepas mengumumkan perletakan jawatan kerabat diraja yang berkhidmat.
Kini kedua-duanya menetap di California dengan dua anak mereka Archie dan Lilibet yang sehingga sekarang tidak diberi gelaran diraja oleh Charles.

Sandringham Estate

Laporan sebelum ini mendakwa raja akan membuat keputusan nekad untuk mengurangkan kakitangan kerabat bekerja sebagai satu usaha menjimatkan belanja kerana mereka dibayar gaji oleh pembayar cukai.
Berikutan menjadikan Andrew sebagai "kambing hitam", dia dilaporkan meminta tempat tinggal sama ada di Frogmore Cottage yang sebelum ni menjadi tempat tinggal Putera Harry dan Meghan Marckel yang berhabisan $2.4 juta mengubah suai tempat itu sebelum berpindah ke AS atau satu lagi iaitu Adelaide Cottage.
Malah Andrew juga dilaporkan akan berhijrah ke Dubai sekiranya dia tidak mempunyai kediaman yang sesuai dan raja dikatakan akan memberikan elaun secukupnya untuk hidup dalam kalangan rakyat jelata. - KitaReporters