Insan & Komuniti 07 Jan, 2026

Madani Kembali ke Sekolah! Bantuan alat persekolahan, wang untuk anak nelayan! Sumbangan LKIM, PNK!

Share this

Bagi memastikan anak nelayan senantiasa dibela, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mengambil inisiatif segera menjelangnya sesi persekolahan minggu depan melalui program  dengan menyumbangkan peralatan sekolah kepada 100 anak nelayan di bawah seliaan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sungai Besar, Selangor pada 4 Januari 2026.


Salah seorang anak nelayan menerima bantuan dari Muhammad Faiz Fadzil.


Pengerusinya, Muhammad Faiz Fadzil berkata setiap pelajar menerima peralatan sekolah seperti beg dan alat tulis serta wang tunai sebanyak RM50 bagi membeli baju sekolah.

Manakala LKIM menyumbang beg 'drawstring' sebagai dorongan kepada anak nelayan supaya dapat belajar dengan lebih selesa dan bersungguh untuk mengubah taraf hidup mereka.

"Sumbangan  peralatan sekolah bagi anak nelayan PNK Sg Besar adalah satu penghargaan kepada nelayan kawasan ini seramai 1,318 ahli.

"Dalam pada itu, seramai 585 nelayan menerima elaun sara hidup dan 821 menerima subsidi minyak.

"Selain itu, seramai 362 vessel (bot) menerima subsidi minyak petrol Zon A dan 459 vessel lagi menerima subsidi minyak diesel," ujar beliau.


Sumbangan bagi menjayakan Program Madani Kembali ke Sekolah. 


Tegasnya lagi bagi memberi keselesaan dan meningkatkan taraf hidup sosioekonomi nelayan PNK Sungai Besar, LKIM telah pun melaksanakan projek baik pulih rumah nelayan sebanyak 59 buah melalui Program Khas Perumahan Nelayan bagi tempoh 2012 hingga 2024. - KitaReporters


Penerima sumbangan bergambar beramai-ramai bersama pihak penganjur. 

17
10
0
12
0
You will be interested