Insan & Komuniti 29 Nov, 2025

Bebaskan Palestin! Briskwalk Solidariti Palestin buktikan keberanian! Staf, pelajar, alumni dan rakan!

Share this

Syabas dan tahniah atas keberanian semua pihak termasuk staf, pelajar, alumni dan rakan-rakan yang cinta akan perdamaian serta peduli dan prihatin terhadap penderitaan rakyat Palestin.


Persiapan awal pagi sebelum mula bergerak ke lapangan.

Gerakan bermula dengan iringan langkah bersemangat.

Walaupun seawal 5 pagi hujan sudah mulai turun di bumi Kulim, Kedah solidariti bagi menjayakan 'Briskwalk Solidariti Palestin 2025' pada 13 November 2025 tetap diteruskan oleh Universiti Kuala Lumpur - Malaysia Spanish Institute (UniKL MSI) cawangan Kulim.

Namun begitu semangat perjuangan kental yang dipertonton seharusnya dipuji dan diberi sokongan.

Sebaik sahaja selesai 'Briskwalk Solidariti Palestin' hujan terus turun dengan lebatnya seolah-olah memberi ruang kepada gerakan solidariti yang sedang berjalan.


Gabungan erat semua pihak terbukti berjaya merealisasikan solidariti terhadap Palestin.

Bersemangat semua peserta dengan laungan keramat 'Bebaskan Palestin'.

Seperti lazimnya sorakan dan laungan bebaskan Palestin tetap menjadi prioriti dan laungan keramat yang wajib dikumandangkan sepanjang  perjalanan program.

Semangat kebersamaan dan kasih sesama insan serta keprihatinan terhadap Palestin akan terus subur di sanubari setiap peserta dan masyarakat sekeliling.

Yang pasti perjuangan membebaskan Palestin harus menjadi satu kewajiban yang senantiasa tersemat di sanubari setiap insan tanpa mengambil kira perbezaan ras, ideologi maupun fahaman politik. - KitaReporters


Semua bangsa turut serta dalan 'Briskwalk Soludariti Palestin 2025' di Kulim.

Semua peserta yang mengambil bahagian bergambar kenangan 'Briskwalk Solidariti Palestin 2025' di Kulim.

9
10
0
9
0
You will be interested