Kisah Insan 26 Jul, 2022

Kalau dah ajal! Senapang angin bapa disangka mainan! Kanak-kanak 3 tahun tertembak diri sendiri!

@zuhayati yazid
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2007 dan masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


MUNGKIN disangka mainan seorang kanak-kanak terus mengambil senapang angin milik bapa yang terletak di meja makan di rumahnya.

Namun mainan yang disangka itu akhirnya memakan dirinya selepas tertembak dirinya sendiri dalam kejadian di sebuah kampung dekat Kupang di Nusa Tenggara Timur, Indonesia pada 21 Julai 2022 lalu.

Dalam kejadian tragis berkenaan, mangsa yang berusia tiga tahun dan dikenali sebagai DB Alias Desmon tinggal berdua dengan kakaknya di rumah mereka ketika ibu bapanya tiada di rumah.


Lagi kisah-kisah tragedi berkaitan tertembak



Memetik laporan mediakupang.pikiranrakyat.com, bapa mangsa, Yonatan Bako tidak menyangka senapang kesayangan yang sering digunakan akhirnya 'memakan' anaknya sendiri.

Malah isterinya, Debi Snae sehingga kini masih trauma dengan kejadian memandangkan ketika kejadian dia ke bandar untuk mengambil bantuan.

Malah menyalahkan dirinya sendiri kerana tidak menyimpan barangan berkenaan di tempat selamat.

Ketua Polis Sektor Batu Putih, TTS Junedi Lian berkata, ketika kejadian kakaknya mungkin terlepas pandang menyebabkan kanak-kanak lelaki itu menyangka senapang angin milik bapanya adalah mainan. 

Tanpa pengetahuan kakaknya, mangsa ternampak senapang angin itu berada di atas meja, seterusnya mengambil dan menggunakannya untuk bermain.



Lebih mengejutkan, mangsa juga tidak mengetahui bahawa masih terdapat peluru di dalam senjata tersebut.

"Mangsa dipercayai secara tidak sengaja melepaskan tembakan dari senapang angin ke dahinya sendiri," kata Junedi.

Mendengar bunyi tembakan tersebut, kakaknya terus meluru ke arah sebelum meminta bantuan jiran tetangga untuk dihantar ke hospital Kupang.

Namun, apabila tiba di hospital, mangsa disahkan meninggal dunia.  - KitaReporters


11
15
0
18
0
You will be interested