Insan & Komuniti 02 Feb, 2023

Video| Ingatkan mabuk, rupanya meraung kesakitan! Nasib ada yang tolong! Alami masalah slipped disc!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


TULAR sebuah video yang dirakam oleh seorang pemuda apabila seorang lelaki dilihat terbaring di hadapan pintu masuk lobi rumahnya.

Pada mulanya beliau sangat pelik kerana pemuda tersebut terbaring di hadapan pintu lobi pada awal pagi kerana beliau beranggapan lelaki ini mabuk.


Lagi cerita-cerita 


 


"Pagi tadi aku on the way naik rumah, ada seorang brother ni tiba-tiba jatuh depan aku lepas tu meraung. Aku fikir dia mabuk ke apa, iyalah pukul 5 pagi.

"Rupanya dia kesakitan sebab kena slipped disc (cakera teranjak). Sebelum ni dia pernah operate, tapi dia kena balik lepas turun dari motor, memang meraunglah," tulisnya.

Walau bagaimanapun, beliau tetap menghulurkan bantuan kepada pemuda ini dengan memanggil pengawal keselamatan sambil menunggu ketibaan ambulans.



Rata-rata warga maya menyatakan mereka berasa bangga dengan tindakan lelaki ini walaupun berasa takut untuk membantu pada mulanya. 



Namun niat baik lelaki ini pasti akan dibalas suatu hari nanti. Bahkan ada juga netizen yang berpendapat bahawa mereka yang merasai kesakitan slipped disc ini sangat teruk.

Apapun, terima kasih kerana sudi membantu! Syabas orang muda!! - KitaReporters


11
13
0
7
0
You will be interested