Insan & Komuniti 29 May, 2024

Video| Persaingan sengit jual haiwan korban! Penjual terpaksa guna gadis cantik, seksi sebagai SPG!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Hari Raya Aidiladha dikaitkan dengan ‘korban’. Umat Islam digalak untuk melakukan ‘penyembelihan’ haiwan korban kerana banyak fadilatnya.

Justeru terdapat sejumlah umat Islam yang kurang mampu secara ekonomi namun tetap melakukan ibadat korban dengan membuat simpanan secara harian. 

Sebaliknya ramai umat Islam yang mampu dari segi kewangan tetapi tetap liat untuk melakukan ibadah korban. Mereka lebih cenderung berhibur, melancong atau membeli barangan lain. 



Bagi masyarakat di bahagian Asia, kebiasaannya haiwan berkaki empat yang menjadi pilihan ialah sama ada lembu, kambing atau biri-biri. Pilihan unta adalah jarang-jarang.

Dan Aidiladha menjadi rezeki ‘bonus’ bagi para penjual haiwan korban.

Namun penjual perlu memastikan haiwan korban dapat dijual habis untuk mendapat keuntungan maksimum. Ini kerana haiwan korban yang dijual pada Aidiladha berharga lebih tinggi.

Selepas Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) atau sepanjang tiga Hari Tasyrik (11-13 Zulhijjah), harga haiwan korban akan turun dan hanya menjadi haiwan sembelih pada hari biasa.



Memandangkan terdapat ribuan peniaga haiwan korban di Indonesia, mereka perlu menggunakan pelbagai cara untuk menarik orang ramai membeli.

Usaha dimulakan sejak bulan Zulkaedah lagi. Bagi penjual yang bermodal agak besar, mereka akan menyewa tanah lapang yang dihias menjadi pusat jualan atau mall haiwan korban.

Dan sebagai ‘tarikan’ tambahan, terdapat penjual haiwan korban yang menggunakan gadis cantik dan seksi dipanggil SPG (Sales Promotion Girl atau Promosi Wanita Jualan). Ada yang menjadi ‘cowgirl’ dengan berpakaian sebagai ‘cowboy' wanita.

Penggunaan gadis cantik dan seksi berkesan. Mereka turut diajar bercakap ‘manis’. Dan kaum lelaki termasuk yang sudah lanjut mudah digoda oleh mereka sama ada untuk membeli lembu, kambing dan biri-biri.


Penggunaan gadis cantik dan seksi sudah lama dilakukan oleh para peniaga haiwan korban di Indonesia, namun hanya mampu dibuat oleh peniaga yang mempunyai modal yang kukuh. 

Memandangkan kesannya menyerlah, kini semakin banyak penjual haiwan memperuntuk modal lebih besar untuk membayar upah SPG. - KitaReporters


16
15
0
25
0
You will be interested