Insan & Komuniti 02 May, 2024

Video| Langkah terpuji! Emak simpankan duit raya anak-anak dalam bank! Sebagai satu tabungan haji!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Duit raya menjadi seperti satu kemestian untuk diterima oleh golongan kanak-kanak. Sesama mereka turut suka menunjukkan jumlah wang raya yang diterima. 

Dan untuk mendapat duit raya yang banyak, beberapa helah dilakukan. Antaranya mengunjungi rumah ‘orang pemurah’ yang sama beberapa kali dengan memakai pakaian yang berlainan, mengikut kumpulan kanak-kanak yang berbeza.

Namun kebanyakan kanak-kanak menggunakan hasil diterima dengan memberi barangan mainan, alat peranti tertentu dan membeli makanan jajan yang kurang berkhasiat. 

Lebih malang ada ibu bapa yang tidak bertanggung jawab meminta duit raya yang diterima oleh anak-anak dengan alasan menyimpannya, tetapi sebaliknya menggunakan duit itu untuk kepentingan sendiri.



Namun perkara yang dilaku oleh seorang ibu dikenali sebagai Arifah Alfiyanti perlu dicontohi. Dia tidak membiarkan kedua-dua anaknya menggunakan duit raya untuk perkara kurang berfaedah.

Sebaliknya membawa anak-anaknya membuka akaun bank. Arifah yang pernah menunaikan haji menyedari peluang untuk menunai haji semakin panjang dan harga semakin mahal.

Justeru dia turut mendaftar kedua-dua anaknya bagi membuka akaun tabungan haji.


Dia yakin dengan duit raya disimpan dalam bank dan akaun tabungan haji akan membolehkan kedua-dua anaknya menunai ibadah haji pada usia muda.

Apa yang dilaku oleh Arifah ini perlu dicontohi ibu bapa lain dalam menggunakan duit raya anak-anak dengan cara berfaedah.

Video yang Arifah memuatkan berita itu dalam TikToknya tular dan sudah ditonton lebih 1 juta kali. - KitaReporters

7
11
0
14
0
You will be interested